Artis / Selebriti
” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
Video Hussain Jamilul Hayat tampil sebagai model untuk Emri di Kuala Lumpur Fashion Week 2026 curi perhatian warganet. Fuh segak dan bergaya betul Hussain. Macho lah Hussain masa catwalk tu..
Suatu ketika dulu, tiada siapa yang mengenali susuk tubuh anak muda bernama Hussain Jamilul Hayat ini. Namun langkah Hussain dengan menyertai Talk To My Manager musim 2 (TTMM2) benar-benar mengubah hidup Hussain. Hussain seakan-akan satu fenomena dan sering disamakan dengan aura Mawi.
Sekali pun belum selesai berjuang di pentas Big Stage Rocketfuel, rezeki Hussain mencurah-curah datang. Hussain sudah menjayakan beberapa show di event rasmi dan kehadirannya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai. Selepas nyanyian, kini Hussain berjinak pula dalam bidang peragaan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok bungalawa.art, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Hussain tampil sebagai model untuk rekaan pakaian pereka fesyen muda, Emran Rijal atau Emri. Ianya penampilan pertama Hussain sebagai model di Kuala Lumpur Fashion Week 2026.

Hussain semakin mengorak langkahnya dan ramai yang memuji cara Hussain catwalk. Wajah tampan Hussain dan ketinggian yang dimiliki memang sesuai sebagai model. Memetik komen warganet, ramai yang memuji Hussain sebagai ‘talk, dark and handsome’.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Semoga bintangmu terus bersinar anakanda Hussain..hanya doa yg baik2 untuk kamu,jaga kesihatan,jaga diri,jaga adab & stay humble dear.BUCKLE UP.. “
” Dari tak prnh layan ttmm kita lyan sbb dia, dari tak prnh layan bs pun kita layan sbb dia, dri tak prnh tgok klfw pun kita masuk tgok sbb dia, siapa dia ni haaa . buckle up Hussain.. “
” Cute betuuuuuul Hussain.. Org lain dh tunduk hormat; barulaaa dia tunduk.. ini baru betul definisi talk, dark and handsome.. “
” Dari TTMM ke Bigstage kini kita ke KLFW pulakkk sebab seketul Hussain ni. handsome, pakej cukup lengkap Hussain ni.. “
” Hussain ni Muka pedas…tp klau senyum cair semua orang.. nampak Tyra support btol2 kt Hussain ..moga Tyra Dan emri sentiasa di mewahkn rezeki..happy tgk depa.. “
” Pakej betoi hussain, alhamdulillah rezeki dia. segak manis aih. semoga terus maju jaya hussain.. ada aura model tu.. Terima kasih Emri sebab ambik hussain jadi model. Husb & Wife yang baik belaka.. “
” Boleh pergi jauh dalam bidang modelling hussain ni.. sangat kena dengan Hussain. Hussain ni ada Aura tersendiri.. menyala lah hussain.. “
” Hussain ada full package, aura model tu memang ngam dengan Hussain. Muka, cara jalan, fuh terbaik lah Hussain.. “

Rezeki Hussain, satu demi satu tawaran datang kepada Hussain. Hussain tidak hanya ada aura seorang penyanyi tetapi juga sesuai sebagai model. Semoga Hussain terus dimurahkan rezeki, dapat membantu keluarganya dan dimakbulkan semua impian hidup Hussain.
Jom tonton video di bawah :
@bungalawa.art Buat pertama kalinya weh! Hussain @klfw2026 . dan pertama kali juga kita ni tengok klfw sebab seketul ucin ni ya yeahh!! Tahniah ! @hussainjamilul Tahniah @emranrijal #EMRIVISSION dan Terima Kasih Menjadikan Hussain lebih baik ❤️. credit tt . #hussain #proud #modeling #imut –teruskan semangat undi BS & GMW —
Silakan SHARE..
Sumber :Tiktok bungalawa.art
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari

