Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya terbayang Tok Ram depan saya.. ” – Datuk Jalaluddin Hassan

Video Nabil Ahmad mengusik Datuk Jalaluddin Hassan yang termenung mengenangkan Datuk Ramli MS menjadi juri Kilauan Emas buat warganet terhibur. Habislah Tok Jalal kena bahan nanti. Kata-kat Tok Jalal tu lawak betul. Risau sangat ni, haha.. 

Kilauan Emas Selebriti bakal bersiaran bermula 22 Ogos 2026, setiap Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro. Ramai selebriti tanah air yang terpilih antaranya Datuk Jalaluddin Hassan, Mubarak Majid, Fazlina Ahmad, Katy Azean, Rahim Omar, Maria Tengku Sabri, Zila Bakarin, Amyza Aznan dan Rashdan Baba.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan para peserta Kilauan Emas 2026 ini hadir ke rancangan MeleToP sebagai tetamu undangan. Ini adalah salah satu rangka promosi untuk menarik lebih ramai orang menonton program realiti TV tersebut.

Datuk Jalaluddin atau lebih mesra dengan panggilan Tok Jalal antara yang menjadi perhatian. Tok Jalal memiliki suara yang merdu dan sedap didengar. Gelagat Tok Jalal yang termenung panjang ketika sedang duduk bersama peserta-peserta lain membuatkan Nabil Ahmad mula menyakatnya.

Kata Tok Jalal, dia membayangkan sahabat baiknya, Datuk Ramli MS atau Tok Ram berada di hadapan dan memberikan komen. Tok Ram besar kemungkinan akan tampil di rancangan Kilauan Emas ini sebagai juri sebagaimana musim-musim yang lepas.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Program Kilauan emas ke kelakau emas ni nanti? haha biar tok ram komen.. pakej dgn roy azman jd juri haha.. confirm kecoh time tok jalal nyanyi.. “

” Jangankan Tok Ram atau Roy azman, kalau jat Ali jadi juri pun, memang confirm kena bahan Tok jalal haha.. ni dah macam projek kawan² reunion selepas bersara jee.. “

“Boleh pulak tok jalal hbis bateri time live hahaha.. Tok jalal loading teruk memikirkan tok ram jadi juri haha.. mesti kelakar konsert nanti.. “

” Punah ranah kilauan emas kali ni. Tok Jalal peserta dan Tok Ram juri.. Nasib roy azman n jatt ali takde klau x.. dah jadi konsert kilauan bapak² emas.. “

” Rasanya jika Tok Ram jadi juri,kompem masing2 xleh kawal dok gelak je haha.. dato termenung kot2 nnti kne kondem kat group ws bapak bapak haha.. “

” Tok Jalal risau kena komen dgn tok Ram tu yg loading lama btholll haha.. tok ram jdy juri abis la xth nk komen ape nnty Best frenz dia gn dato jalal.. “

Tok Jalal yang bersahabat baik dengan Tok Ram pun risau memikirkan komen pedas yang bakal Tok Ram berikan nanti, apatah lagi peserta lain. Pasti kelakar moment Tok Ram dan Tok Jalal nanti. Entah-entah kedua-duanya ketawa melihat satu sama lain. Apa-apa pun, good luck Tok Jalal untuk Kilauan Emas nanti.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Meletop

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Tablet

Trending

Copyright © Berita Kopak