Connect with us

Artis / Selebriti

” Kostum Tok Ram paling tak boleh blah. Lawak betul tengok, haha.. ” – Netizen

Video Dato’ Ramli MS, Roy Azman, Jatt Ali Dan Datuk Jalaluddin Hassan Disuruh Pakai Kostum Dalam Rancangan Projek Bapak-Bapak Buat Ramai Terhibur. Tokram Paling Lawak Sekali., Siap Membebel Tak Puas Hati, Haha !!

Gandingan empat orang selebriti iaitu Dato’ Ramli MS, Roy Azman, Jatt Ali dan Datuk Jalaluddin Hassan dalam rancangan Projek Bapak-Bapak membuatkan yang menonton tidak kering gusi ketawa. Sekali lagi mereka digandingkan dalam sambungan Projek Bapak-Bapak musim ke-2 .

Menerusi akaun Instagram Zon Lawak dikongsikan video sedutan yang memaparkan pada episod kali ini, geng bapak-bapak diminta untuk memakai kostum. Dilihat Roy dan Jatt memakai kostum ayam dan Datuk Jalaluddin memakai kostum dinosaur.

Klik gambar untuk info..

Namun kostum yang dipakai oleh Dato’ Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram membuat rakan-rakannya yang lain ketawa kerana Tok Ram memakai kostum Alien berwarna hijau yang seolah-olah sedang mengangkat dirinya. Tok Ram seperti tidak puas hati dan mengatakan sepatutnya kostum itu sepatutnya dipakai oleh Jatt.

Selepas itu, mereka semua diminta untuk berjalan di sekitar taman dan Datuk Jalaluddin bertanyakan kepada beberapa orang awam adakah terserempak dengan Jatt Ali dan Roy. Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai.

Tonton video di bawah ini :

View this post on Instagram

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak)

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur menonton telatah empat sekawan tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kostum Tok Ram paling tak boleh blah. Lawak betul tengok, haha.. Rasanya Tok Jalal dah lupa task dia masa hujung2 jadi pemangsa tu haha.. “

” Ya Allah.. Nak pecah perut gelak lepas Tok Jalal jadi King.. Terima kasih Astro ceriakan malam jumaat kami.. Hahahaha.. “

” Berdekah bang costume Tokram.. Lawak lah dah ade King.. Betul2 menghayati sampai hotel pun tiberr mcm dia yg punya.. “

” Hahahahhahaaha comel lah tengok masing-masing pakai kostum.. Paling comel Jatt, hahahaha terkedek2 je jalan ha jadi ayam.. “

” Best tengok ni, memang kelakar sangat.. Rasa rancangan yang paling best dan santai je tengok.. Pastu adanya geng 4 orang ni, comel tgk perangai masing2.. “

” Pecah perut aku tengok yang ni, hahahahaa.. Asyik ketawa ja.. Tokram dah mcm tak puas hati je dengan kostum yang dia pakai tu.. “

” Ghase nk hambat sorg2 msuk kandang.. Comeii plakk, hahahahaha.. Tokram dah rosak makin jadi2 perangai kelakar dia sekarang bila join dengan Roy, haha.. “

Klik gambar untuk info..

Berdekah Roy, Jatt dan Dato’ Jalaluddin tengok Tok Ram pakai kostum itu. Semakin kelakar tengok gandingan bersama keempat-empat mereka. Apa-apa pun jangan lupa saksikan setiap episod rancangan Projek Bapak-Bapak musin ke 2, pasti membuatkan para penonton menyukainya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG zonlawak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT