Artis / Selebriti
” Tok Jalal paling happening, first time nampak Tok Ram berjoget.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaludin Hassan, Jatt Ali dan Roy Azman menari K-Pop buat ramai terhibur. Wah 1st time tengok Tok Ram berjoget macam tu. Tok Jalal paling comel menari, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Roy Azman, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Ramli MS, Dato’ Jalaludin Hassan, Jatt Ali dan Roy Azman sedang menari tarian K-pop telah membuatkan ramai peminat berasa terhibur.
Mereka menari sambil mengikut gerak geri jurutari yang sama-sama menari dengan mereka. Walaupun kesemuanya sudah berusia, mereka tetap sporting menyahut cabaran untuk menari tarian golongan muda. Bukan sesuatu yang mudah buat mereka.
Antara mereka berempat, Dato’ Jalaluddin merupakan yang paling tua sekali. Namun begitu, gerak tari Dato’ Jalaluddin paling comel dengan lenggoknya yang tersendiri. Manakala Tok Ram juga sporting walaupun tidak pernah dilihat menari sebelum ini.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Mereka berempat sangat popular dengan program TV di Astro iaitu Travel Lawak Projek Bapak-Bapak yang sudah memasuki banyak siri.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Fulamaaakkkk Abg Royyy!!! Memangg dancerr yang sebenarr .. Baju putih paling bahagia. X pernah x lawak la… pakcik2 nie.. “
” Tok Jalal paling happening.. Hahahah pas ni kena sapu Yoko Yoko.. waaahhh tok jalal and tok ram style.. Siyes ah semua sporting menari.. “
” TokRam memang x sangka,x sabor tuk Muslim baharu,andai boleh kekalkan yg lain juga,Tuk Jalal,Abg Jatt juga AbgRoy ,bawak sorang jer artis undangan.. “
” Semua dgn gerakan sendiri. hahahah ..nakal sngguh ..jgn ada yg slip disc sudoh nnti.. Hahahah bab jalan n penutup je semua sama.. yang lain ke laut dalam bang .. tapi effort tu A.. “
” First aq tgok duk perati baju putih tu ja sampai habis. kat nk habis baru perasan sblah baju putih tokram rupanyaaa first time nampak dy bejogettt weyy.. “
” BTS = Bapak Tua Sangat. Ya Allah, comel nya Datuk Jalal & Datuk Ramli.. jgn tergeliat pinggang. Tokram nak kena kecam ni hahahaha.. “
” Mula² ingatkan yg tgh tu abg roy..lembut giler badan..pandang tepi ,eh² salah org laaa.. Mungkin ini jadi penari undangan di konsert 4u2c nanti.. “
Ternyata Usia bukan penghalang untuk mencuba sesuatu yang baru buat mereka. Semoga Dato’ Jalaluddin, Tok Ram, Jatt Ali dan Roy Azman dikurniakan kesihatan berpanjangan, dimurahkan rezeki selalu dan dipanjangkan usia mereka. Amin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

