Artis / Selebriti
” Tone suara Abbas sama dengan Bilal. Slang cakap English pun lebih kurang, best dengar.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Neelofa, Bilal dan Abbas bercakap dalam bahasa Inggeris raih perhatian ramai. Alahai comelnya suara Abbas, serak-serak basah macam Abang Bilal jugak. Slang pun sedap dengar..
Kehidupan usahawan terkenal, Neelofa bersama suami dan anak-anaknya seringkali menjadi perhatian umum. Bahagia bersama Haris Ismail, pasangan ini sudah pun dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata yang comel iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Neelofa masih dengan pendiriannya untuk tidak menunjukkan wajah penuh Bilal dan Abbas demi menjaga privasi anak-anaknya. Sampai sekarang juga lah, warganet masih berteka-teka bagaimana rupa Abbas. Sesekali ada Neelofa kongsikan mengenai 2 permata hatinya ini, namun wajah mereka akan dikaburkan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Seorangnur, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Abbas membaca buku bersama Neelofa dan perbualan Bilal bersama gurunya. Sememangnya sejak dari anak-anak Neelofa masih bayi lagi, mereka sudah dididik untuk selalu mendampingi buku bacaan.

Comel sahaja suara Abbas menyebut satu persatu nama objek yang Neelofa tunjukkan dalam bahasa Inggeris. Suara Abbas kedengaran sama seperti suara Bilal. Abang Bilal pula yang baru ingin bersarapan pagi meminta lebih masa daripada gurunya sebelum memulakan pembelajaran.
Jom tonton video di bawah :
@seorangnur Anak solehhh Abbas 🥰👦🏻 Tiyuttt ❤️ #neelofa #harisismail
@seorangnur Bagus Abang Bilal kongsi chapati dengan dino 😂 #neelofa #harisismail
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Clever abg bilal.. teacher said bilal, u want more time or all done and bilal reply more time.. unty kat umah ni melting tau dgr suara u. ok,teacher.. “
” Okay teacher, masya Allah clever boy. pandai nya abg bilal cakap clear je.. Suka tengok tumbesaran bilal dan abbas ni.. pandai lofa.. “
” Suka tengok Neelofa besarkan anak dengan buku buku.. Abbas pun comel dan bijak macam abang bilal jugak.. “
” Masya Allah bilal dan abbas sayang. dua-dua pandai speaking English.. Tone suara Abbas sama dengan Abang Bilal dia lah.. cute je dengar.. “
” Abdullah Abbas yang comel dan bijak.. Alhamdulillah dapat anak bijak. Bilal speaking sedap, Abbas pun sama.. Geraknya tengok dua beradik ni.. “
” Comel, geramnya aunty tengok gelagat bijak dua beradik ni. Suara Bilal dan Abbas sama je.. Slang cakap English pun lebih kurang.. best dengar.. “
” Umi Lofa, tnjk la skali muka Abbas… suara Abbas dgn abg bilal sama serak2 basah.. jari ummi jadi mangsa haha.. “
Geram warganet mendengar suara Abbas dan Bilal itu. Baik si abang atau pun si adik, kedua-duanya pandai bercakap dalam bahasa Inggeris. Pujian untuk Neelofa kerana didikannya untuk Bilal dan Abbas sejak mereka masih bayi menunjukkan hasil yang membanggakan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Seorangnur, IG Neelofa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

