Connect with us

Artis / Selebriti

” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

Respon Abby Abadi apabila dituduh dengki dengan kekayaan anak sendiri curi perhatian warganet. Tak baik tau tuduh Abby macam tu. Kan dah kena setempek dengan Abby, padu Abby bagi. Jawab, jangan tak jawab..

Menerusi satu perkongsian di akaun Thread, telah dikongsikan satu posting yang mengaitkan Abby Abadi. Kata pemilik akaun ini, Abby mempunyai hasad dengki dengan kekayaan anaknya sendiri. Pemilik akaun ini juga ada menyebut bahawa Norman Hakim telah pun memberikan banyak wang kepada Abby dan membawa bercuti, namun tetap tidak mencukupi.

Abby tampil memberikan respon terhadap posting tersebut. Bagi yang mengikuti perkembangan Abby, pastinya mengetahui segala yang dibangkitkan dan dituntut oleh Abby sebelum ini. Sebagaimana komen Abby di posting ini, Abby ada menyebut mengenai duit hantaran perkahwinan.

Abby menjelaskan, duit selambak yang dikatakan oleh pemilik akaun itu adalah duit hantaran. Ianya belum lagi termasuk duit nafkah anak-anak yang tidak diberikan selepas bercerai. Sepanjang Abby membesarkan anak-anaknya, semua adalah duit hasil titik peluhnya sendiri.

Abby menyelar tindakan pemilik akaun tersebut dan bertanyakan maklumat dari mana yang dia ambil sehinggakan tergamak menuduh Abby seperti itu. Warganet yang membaca penulisan ini juga merasa marah kerana ianya tuduhan yang tidak berasas.

Jom baca perkongsian di bawah :

 

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Takde mak yang nak dengki dengan anak sendiri. Yang ada cuma mak yang kecewa dengan anak. Thats all.. “

” Kak ko diam je boleh tak?tk payah kluar statement bodoh kau ke yang keluar dari rahim si kak abby tu sampai ko tau luar dalam cerita dia,tk tau kan so bila tk tahu jangan buat palatau,dia mak kot dia tahu lah apa situation yang berlaku,melampau2 plk statement bodoh mcm ni.. “

” Dh la hari jumaat, 10muharam plk tu.. dahsyat nye la haii mulut ko.. astaghfirullah.. even tho abby tu bising2, belum lgi rs nk mengata die.. ko x fhm konsep kne khianat, nafkah x byr, anak kene palau dr kekayaan seorg bapak.. bwk bcuti pn bukan kene tanggung 100% weii.. ya ampunnn.. “

” Perghh.. tahu semua pasal abby.. duduk serumah ke?? hari asyura ni kalau fitnah dosa dia emmmmmm.. “

” Kak Abby tu kaya dik.. Dia jenis humble je.. Kau jangan ingat dia jual Mantou tu sebab dia miskin And kalau miskin pon dia bukan jenis dengki ngan org.. “

” You better shut your mouth. You’re not in her mother’s shoes, so please. Tiada mak yang cemburu dengan kekayaan anak sendiri. She’s just a mother who’s disappointed.. “

” Xde istilah dengki antara anak dan ibu. Ibu cuma ingin anak hargai pengorbanan dan ambil berat tentang dia. awk ckp mcm ni..xtakut ke abby LOD kan awk..jgn memain tau fitnah mcm ni.. “

Tiada istilah seorang ibu dengki dengan anaknya dan tuduhan yang dilemparkan oleh warganet ini agak berat untuk Abby. Hanya Abby yang lebih mengetahui dan merasai segalanya dan sebagai orang luar, tidak perlu lah ditabur fitnah dan dihebahkan cerita yang kita sendiri tidak pasti. Semoga Abby terus bersabar dengan dugaan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Threads Abby Abadi, IG Abby Abadi

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak