Connect with us

Artis / Selebriti

” Cubaan mengalih tahi lalat tu kelakar. Cuma Izzara je yang berani buli Tok Ram, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat anak perempuan Datin Alyah, Izzara menampal sticker pada muka Tok Ram yang sedang tidur buat warganet terhibur. Adui Zara, penuh muka daddy dengan sticker. Part Zara nak cabut tahi lalat Tok Ram tu mengekek Datin Alyah gelak, haha.. 

Kehadiran Nur Izzara membawa seribu kebahagiaan buat Datin Alyah dan pasangannya, Datuk Ramli MS. Izzara membesar dengan sihat dan ditatang bagai minyak yang penuh oleh Tok Ram dan Datin Alyah. Banyak video Izzara yang dikongsikan di akaun media sosial milik Datin Alyah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Alyah81, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan gelagat Izzara mengusik Tok Ram. Kelihatan Tok Ram sedang lena tidur dan Izzara menampalkan banyak sticker pada wajah daddynya ini.

Datin Alyah tergelak melihat gelagat Izzara menampal satu demi satu sticker itu. Tok Ram pula langsung tidak terjaga dan sedar sedang ‘dibuli’ oleh puteri kesayangannya itu. Selepas menampal, Izzara mencabut pula sticker itu sehinggakan tahi lalat Tok Ram juga cuba dicabutnya.

Datin Alyah semakin mengekek ketawa melihat Izzara menarik tahi lalat Tok Ram. Memetik komen warganet, ramai yang terhibur melihat perangai Izzara yang suka mengusik daddynya itu. Tunggu Izzara besar nanti, tentu wajah Tok Ram pula akan disoleknya.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Yang part nak bukak taik lalat tu yang tak boleh tahan hahahahaha. Sticker lah yekkkk.. Dik sticker lain bleh dicabut tp ‘sticker hitam’ tu jgn cuba2 nk cabut, mau terkoyak sakit, haha.. “

” Seronok kami tengok TokRam kena buli.. Rasa puas hati oooo… teruskan lagi Izzara.. kami sokong dari belakang…hahahahahahah.. “

” Tak lama lagi ,sure dia mekap Kan Tok Ram pulak haha.. Tok ram nampak garang tp dgn izzara digula² dibuli redha je ya.. “

” Hahahahhahaa..dia ingt taik lalat tokram sticker jgk ea hahah.. Zara je mampu ubah taik lalat daddy.. “

” Berani ye dek Zara, Ramli MS tu dik haha.. cubaan mengalih tahi lalat tu kelakar, sakit perut ketawa.. “

” Cuma Izara je yang berani buli Tok Ram haha. Satu satunya manusia kecil yang berani dengan tok ram.. buat hal ekk zara . adui la anak bijak ni ! Moga bertumbuh menjadi anak yg solehah, penyejuk hati mummy n daddy dan org sekeliling.. “

” Kali ni tok ram memang kena, adoi Zara Zara.. Naya yoko yoko haha.. Akhirnya ade pun gangster YG blh tundukkn tokram haha.. “

Terhibur hati warganet melihat cubaan Izzara hendak mengalihkan tahi lalat Tok Ram itu. Hanya Izzara sahaja yang berani ‘membuli’ Tok Ram seperti ini. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur menonton video tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alyah81  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak