Artis / Selebriti
” Weh kuatnya Bunga. Aku yang umur 18 dulu tindik pun rasa nak pengsan.. ” – Komen Netizen
Video Elisya Sandha membawa anknya, Bunga Elhaq untuk tindik telinga curi perhatian warganet. Wah berani sungguh lah Bunga ni, langsung tak menangis. Macam tu je reaksi dia..
Meninjau perkongsian di akaun Instagram Elisya Sandha, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak sulung Elisya, Bunga Elhaq meminta untuk bertindik telinga. Sebelum mereka ke kedai emas untuk meneruskan proses ini, Elisya meminta sekali lagi kepastian daripada Bunga tentang permintaannya itu.
Bunga dengan penuh yakin memberitahu dia mahu bertindik dan tidak akan menangis. Setibanya Elisya, Haq dan Bunga di kedai emas, Elisya membantu staff di situ untuk membuat tanda di telinga Bunga sebelum anting-anting ditindik di kawasan yang bertanda.
Reaksi wajah Bunga ketika 2 orang staff menindik kedua belah telinga secara serentak membanggakan Elisya. Bunga langsung tidak menangis dan hanya berkerut sedikit sahaja wajahnya menahan kesakitan. Haq pantas mendukung Bunga selepas proses bertindik itu selesai.

Keberanian Bunga ini meraih pujian daripada warganet. Meninjau komen yang ditinggalkan oleh warganet, ramai yang mengatakan Bunga anak yang berani. Tidak semua kanak-kanak boleh memberikan reaksi yang tenang seperti ini. Gembira dan bangga Bunga memegang sijil penghargaan yang tertera namanya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Wah sukanya bunga dapat pakai subang dah…. cantikkk.. Good brave girl sangat dia. langsung tak nangis.. “
” Wahhh good job bunga .. xnangis pun dia.. Bunga tahan sakit, kuat semangat betul cucunda ni. comel betul bunga ni. cute. Dh besarlh pandai nk melawa.. “
” Yeahhh lepas ni uncle dh boleh belikan earrings utk bunga.. Berani ikut siapa ni Bunga ? Good girl.. bukan main excited dia tengok muka sendiri lepas dah tindik tu.. “
” Cantiknya Bunga, so clever.. eee good girl la dia so bravee.. Bunga yg kecik dah tindik, anak auntie umur 18thn takut sampai ke harini nk tindik.. “
” MasyaAllah Bunga sooo brave. Good job girl.. Bunga memang hebat la.. aunty sampai skrg tinggal kesan lubang je.. nak pakai subang pun tacottt.. “
” Congrats Bunga… BERANI tindik. Bertambah cantik pakai subang. Aunty dah tua pun masih takut nak tindik.. “
” Weh kuatnya bunga. Aku yg umur 18 dlu tindik pun rasa nak pengsan.. makin comel ler bunga pakai anting-anting.. Terus dipeluk ayah..mesti ayah lagi neves dari mummy ni hehe.. “
Bunga memang anak yang berani dan cerdik. Comel sahaja reaksi gembira Bunga ketika melihat dirinya sudah bertindik. Bertambah cantik lah Bunga dengan penampilan terbarunya itu. Semoga Bunga menjadi anak yang solehah dan kebanggaan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia tak nak tengok ke, anak dia. Kenapa mesti nak membenci.. ” – Raja Azura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Touching lah tengok Che Ta ci um tangan menantu dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen

