Artis / Selebriti
” Alalala malu-malu pula Tok Ram. Sweet tengok, hehe.. ” – Netizen
Video Datin Alyah Menyakat Suaminya, Datuk Ramli MS Buat Ramai Terhibur. Dah Kenapa Sampai Menggigil Tangan Bawa Kek Tu Datin Alyah. Nampak Je Muka Garang, Sweet Juga Rupanya Tok Ram Ni, Hehe !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Datin Alyah telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Alyah bersama suaminya, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ram. Menerusi video itu, Tok Ram berada di sebuah bilik dan sedang sibuk melakukan kerjanya.
Video tersebut dirakamkan sendiri oleh Datin Alyah dan kelihatan Datin Alyah telah membawa dua potong kek buat Tok Ram. Ketika melihat Datin Alyah membawa makanan, Tok Ram sempat berseloroh kepada Datin Alyah mengatakan tidak ikhlas membawa kek tersebut kerana Datin Alyah sedang membuat video.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Tok Ram, Datin Alyah ketawa dan mengatakan kembali kepada Tok Ram video itu bertujuan untuk meminta Tok Ram mempromasikan kek yang dibuat oleh Datin Alyah sendiri. Tulis Datin Alyah di ruangan kapsyen selepas ini tidak boleh menyakat Tok Ram kerana Tok Ram akan sibuk dengan Gegar Vaganza tidak lama lagi.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan terhibur melihat pasangan ini menyakat antara satu sama lain dengan cara mereka sendiri. Sehingga kini, video Datin Alyah bersama Tok Ram telah menerima ratusan komen dan lebih 20 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, selain terhibur, ramai turut mendoakan semoga rumah tangga Datin Alyah bersama Tokram akan kekal bahagia. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alalala malu-malu pula Tok Ram, sweet tengok, hahaha.. Semoga Tok Ram dan Alyah terus bahagia bersama hingga ke syurga.. “
” Tok ram ni sweet dia datin jea yg tahu.. Saya suka tengok dato bergurau ngan wife walau nampak kasar tapi sweet… Rare hehehee.. “
” Best je tengok part last tu Dato tenung lama je kat isteri dia, sweet juga rupanya Tok Ram ni yer, hehehe.. Moga bahagia selalu.. “
” Senyum je tengok video ni, alahai suka kita tgk Datin dan Datuk.. Nampak sedap lah kek Datin tu, mesti Datuk suka kan.. “
” Hahahaha sebijik perangai suami sy, bising betul kalau sy rekod pasal dia, kalau org luar nmpk mesti ingt mcm bergaduh, tp kita suami isteri je tahu masing2 kan.. “
” Amboiii.. Tenungan Tu.. Ada Makna Tu.. Dah macam kena denda kena hantar makanan kepada Guru Disiplin setiap pagi, haahaha.. “
” Stokin dia renda2 lah, hahahaha sekali sekala menyakat apa salahnya kan Datin.. Moga bahagia till jannah ya, amin2.. “
Walaupun jarang berkongsi perihal kebahagiaan rumahtangga di media sosial buat tatapan umum, Datin Alyah dan Tok Ram sebenarnya pasangan yang sweet dengan cara mereka sendiri. Apa-apa pun sama-sama kita mendoakan semoga kebahagiaan rumah tangga pasangan ini akan terus mekar hingga ke akhir hayat mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG alyah81
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq

