Artis / Selebriti
” Meremang bulu roma ku, ni baru betul Puteri Gunung Ledang.. ” – Komen Netizen
Persembahan istimewa Aisha Retno dan Mila Mohsin sedutan Puteri Gunung Ledang The Muzikal raih pujian daripada warganet. Fuh suara Aisha menyanyi lagu Anoman Obong dan tarian Mila tu meremang betul..
Setelah lebih 2 dekad, Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL The Musical) 2026 bakal menggemparkan tanah air. Persembahan teater muzikal ini dijadualkan berlangsung pada bulan Oktober 2026 di Jeffrey Cheah Performing Arts Centre (JCPAC), Sunway Square di bawah arahan Penerbit Eksekutif, Puan Seri Tiara Jacquelina.
Teater muzikal yang diadaptasi daripada filem Puteri Gunung Ledang ini bakal diterajui oleh Aqasha, Aisha Retno dan Mila Mohsin. Menerusi perkongsian di akaun Instagram MeleToP, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan khas daripada Aisha dan Mila ketika tampil di rancangan hiburan itu semalam.
Kedua-duanya yang memegang watak Puteri Gunung Ledang mempersembahkan sedikit sedutan dalam teater hebat itu. Aisha mendendangkan intro lagu Anoman Obong sambil diiringi tarian oleh Mila di belakangnya. Gemersik suara Aisha memukau penonton dan mendapat sorakan.

Suara lunak merdunya itu juga sangat sesuai dengan watak sang puteri. Rata-rata komen daripada warganet mengatakan meremang mendengar suara Aisha itu. Aura PGL semakin hangat terasa dan pastinya, semua cast akan memberikan yang terbaik untuk teater PGL ini.

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Waw mantap aisha. meremang buluh roma ku, ni baru betul puteri gunung ledang.. bayangkan kauorg pergi hiking dgr suara mcm tu mendayu dayu kat hutan. mesti kau org nak pergi tgok kan.. “
” Kenapa selalu dengar lagu2 macam ni saya rasa sedih ya sampai bergenang airmata. Rasa sgt tenang didengar tp mengharukan. Terlalu terharu sbb terlalu sedap ke ye.. “
” Sedapnyaaaaaa suara Aisha Retnooooooo ni.. aura seram tapi best.. meremang sbb masuk btl jiwanya.. “
” Wow aura Aisha … meremang bulu roma ku… ni btul btul.. Mantap dn terbaik.. Memukau btul.. Aku bangga jadi orang jawa..the jawa culture niii..anoman obong.. “
” Wow tegak bulu Roma.. Anoman obong.. sedappp sgt suara ecahh.. meremang yaa smpai.. terbaikkk
” Sesuai sgt dua orang ni.. Aisha pasti banyak belajar dari ibundanya Jeng Retno yang memang pandai sinden.. “
” Ni intro Anoman Obong yang asalnya dinyanyikan oleh Waldjinah yang berkisarkan tentang cerita epik Ramayana mengenai aksi Hanuman membakar istana Rahwana dan kota Alengka. Kat seberang, lagu ni selalu dinyanyikan dan disampaikan oleh Inul Daratista dan Mae Soimah Pancawati… Dan sekarang dah ada wakil dari Malaysia iaitu @aisharetno02 dengan penyampaian cengkok sinden yang cantik dan mewah.. “

Siapa sahaja yang tidak meremang mendengar nyanyian penuh menusuk jiwa daripada Aisha ini. Ramai yang tidak sabar hendak menonton pementasan Puteri Gunung Ledang ini nanti. Semoga segalanya dipermudahkan untuk Aisha, Mila dan Aqasha serta semua yang terlibat.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen

