Connect with us

Artis / Selebriti

” Pertama kali tengok Akira senyum, manisnya muka dia.. ” – Komen Netizen

Video terbaru Akira Juwita Zahra tersenyum manis ketika mummynya, Watie Hanifiah berceloteh buat ramai geram. Alakai comelnya Akira senyum. Muka nampak macam ala-ala anak orang Jepun..

Bagi yang gemar mengikuti perkembangan pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu bersama isterinya, Watie Hanifiah, pasti mengetahui pasangan ini sering berkongsi momen-momen indah membabitkan anak mereka, Akira Juwita Zahra. Setiap kali video atau gambar Akira dimuat naik di media sosial, ia pasti berjaya mencuri perhatian ramai kerana kecomelan dan telatahnya yang menghiburkan.

Terbaru, menerusi akaun Instagram milik Shuib, telah dikongsikan dua buah video yang memaparkan gelagat Akira. Video pertama memaparkan Watie merakam telatah si kecil itu ketika menemaninya berniaga di Singapura. Sepanjang berada di sana, Akira dilihat sangat tenang, langsung tidak meragam dan sentiasa menghadiahkan senyuman manis setiap kali ibunya bercakap dengannya.

Sementara itu, video kedua pula memaparkan suasana sebaik sahaja Watie dan anak-anak pulang ke Malaysia. Shuib dilihat menyambut kepulangan isteri serta anak-anaknya dengan penuh kasih sayang dan kegembiraan. Momen itu menyentuh hati ramai yang menonton perkongsian tersebut.

Ramai yang meluahkan rasa geram melihat kecomelan Akira, lebih-lebih lagi apabila si kecil itu tidak lekang dengan senyuman manis di wajahnya. Malah, ramai yang memuji sikap Akira yang disifatkan sebagai bayi yang sangat baik dan mudah dijaga.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan kepada Akira. Antara komen-komen menarik adalah :

” Pertama kali tengok Akira senyum, manisnya muka dia.. Masyaallah, terus membesar dengan sihat yer Akira sayang.. “

” MasyaAllah look at her sweet smile so cute..  Bagus lah mummy, semua anak2 dia bawa tak tinggal sorang pun.. “

” Alahai gemoynya Akira ni, comel cute mcm mummynya.. Geramnya… Rasa nk gigit2 pipi bam2 diala.. “

” Ooi comelnya Like a Korean baby.. Pandai senyum macam mama atau papa ni.. Mata papa senyum manis mama la.. Tak boleh kata papa senyum manis nanti asyik dok depan cermin Tau mau pi mana.. Ha ha.. “

” Akira mcm Jepun mata ikut daddyyy.. Ishhh motel betul pipinya, geram betul kita yang tengok ni, hehehe.. “

” Alahaiiii budak comel ni, comel sangat bila dia senyum macam tu, sampai tak nampak mata, heheehe betul2 anak Jepun.. “

” Aaa comelnya diaa masyaallah tabarakallah.. Keychain Shuib sangat lah Akira ni, hehee.. Semoga Akira jadi anak yang solehah.. “

Keletah Akira yang ceria serta layanan penuh kasih sayang daripada kedua ibu bapanya bukan sahaja menghiburkan, malah turut membuatkan ramai mendoakan agar Akira membesar sebagai anak yang sihat, ceria dan menjadi penyejuk hati seluruh keluarga.

Tonton video-video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Magnesium

Trending

Copyright © Berita Kopak