Connect with us

Artis / Selebriti

” Orang ingat oh ni dah kemaruklah ni dapat perempuan seksi pula.. ” – Watie Hanifiah

Video Watie Hanifiah menjawab isu dakwaan yang mengatakan Shuib Sepahtu memilihnya sebagai isteri kerana kemaruk dengan perempuan seksi sebelum ini. Terkejut rupanya, tak sangka pada mulanya Shuib tak suka pun..  

Meninjau di akaun TikTok milik thecornersisters, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sesi temubual bersama isteri kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah. Menerusi temubual tersebut, Watie tampil berkongsi secara terbuka mengenai pelbagai persepsi yang pernah dilemparkan terhadap dirinya sebelum bergelar isteri kepada Shuib.

Menurut Watie, sebelum mereka mendirikan rumah tangga, terdapat segelintir pihak yang membuat pelbagai andaian mengenai hubungan mereka. Ada yang mendakwa Shuib terlalu cepat memilih dirinya sebagai isteri hanya kerana tertarik dengan penampilannya yang dianggap seksi. Malah, ada juga yang mendakwa Shuib seolah-olah melupakan arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin selepas mengambil keputusan untuk berkahwin semula.

Menjawab dakwaan tersebut, Watie menjelaskan bahawa tanggapan itu sama sekali tidak benar. Katanya, hubungan mereka bukanlah bermula dengan percintaan seperti yang disangka ramai. Malah, mereka hanya benar-benar mengenali hati budi masing-masing selepas sah bergelar suami isteri.

Watie turut berkongsi bahawa pada awal perkenalan, hubungan mereka sekadar berlandaskan rasa selesa dan suka antara satu sama lain, bukannya kerana cinta yang mendalam. Jelasnya lagi, antara sebab utama Shuib memilihnya sebagai pasangan hidup adalah kerana melihat Watie mampu menerima serta menyayangi anak-anaknya dengan baik.

Selain itu, Watie juga tidak lokek memuji sikap Shuib yang sentiasa berdiri teguh di belakangnya. Sepanjang tempoh mereka mendirikan rumah tangga, Shuib dikatakan sering mempertahankan dirinya apabila berdepan dengan kecaman serta pelbagai komen negatif daripada segelintir netizen.

Tonton video di bawah ini :

@thecornersisters

Betul ke Shuib kemaruk dengan perempuan seksi? ❌ Tak lah ramai yang salah anggap dengan isu yang tular ketika itu, shuib mungkin kagum dengan @Watie Hanifiah dengan cara watie layan anak2 Shuib & arwah 😍💜 . If korang dengar full podcast mesti korang terkejut pada mula nya shuib tak suka pun watie lagi ✅ #fyp #fypシ゚ #malaysia #watiehanifiah #shuibsepahtu

♬ Kesepian Vierra Cabang Seoul – Duta Arranger Korea

@thecornersisters

Orang yang tak kenal Watie ni mungkin orang akan terus cakap apa yang mereka nampak dalam sosial media tapi hakitkatnya sangat berbeza ya 😍 . Dalam podcast kali ini banyak yang perangai watie yang kita nampak tapi orang luar tak nampak, betapa baiknya hati dia sudi membesarkan anak2 yang memerlukan kasih sayang seorang ibu 😍❤️ #fyp #fypシ゚ #malaysia #watiehanifiah #shuibsepahtu

♬ Sampai jadi debu verse piano instrumental – mtriaji

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Jodoh ni rahsia Tuhan.. Tenangnya nampak watie bercakap. Patut la Shuib suka. Nampak la kasih sayang dia ikhlas.. “

” Sebab arwah Sarah baik sangat org nya.. Allah akan ganti dgn org yg baik juga utk Shuib dan anak2.. Tgok la mcm mana Shuib layan arwah Sarah dulu. Now dia ada Wati, see Wati jaga anak2 Shuib mcm mana.. “

” Kenape rasa nak nangis eh dengar watie cerita.. Nampak keikhlasan nya tu.. Semoga rumah tangga Watie dan Shuib akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. “

” Salute watie.. Sgt ikhlas.. Siti sarah org yang sgt baik.. Allah gantikan juga wanita yg perfect utk jaga anaknya dan suami.. “

” Masya Allah Watie ni mmg baik suka tgk dia layan anak2 Shuib.. Semoga Watie sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan aamiin.. “

” Baiknya hati dia, dulu org duk kecam dia mcm mcm.. Tapi sebenarnya dia mak tiri yg sangat baikkk kepada anak anak Shuib.. “

” Ingat lagi time awal awal dulu, makcik2 fb & tiktok duk kata bukan-bukan kat dia tapi look her now.. Macam mana dia jaga anak-anak Shuib.. Dia baik sangat.. “

Perkongsian Watie itu mendapat perhatian ramai warganet yang memuji keikhlasan pasangan tersebut dalam membina rumahtangga. Ramai turut mendoakan agar hubungan Shuib dan Watie terus bahagia, dikurniakan rezeki yang melimpah serta kekal harmoni bersama anak-anak mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok thecornersisters

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak