Artis / Selebriti
” I tahu Daddy bukannya cinta pun I. Daddy memang kahwin dengan I sebab.. ” – Watie Hanifiah
Video Watie Hanifiah mendedahkan sesuatu mengenai suaminya, Shuib Sepahtu yang ramai tidak tahu. Ada yang kata Shuib kemaruk bercinta dengan Watie masa sebelum kahwin, tetapi hakikatnya Watie saja yang tahu..
Perkongsian video temubual Shuib Sepahtu dan isterinya, Watie Hanifiah yang menjadi tetamu di Too Pretty To Handle Podcast sekali lagi meraih perhatian ramai apabila Watie mendedahkan situasi sebenar ketika ingin berkahwin dengan Shuib.
Video tersebut telah dimuatnaik di akaun Instagram milik tooprettytohandlepodcast. Menerusi video itu, Watie menjelaskan yang dirinya mengetahui dan sedar Shuib ingin berkahwin dengannya bukannya sebab cinta tetapi adalah sebab anak-anak.
Tambah Watie lagi, sebelum mereka berkahwin, ramai yang mengatakan Shuib sedang kemaruk bercinta dengannya yang pada ketika itu selalu berpakaian seksi walaupun pada ketika itu kubur arwah Siti Sarah Raissuddin masih lagi merah. Namun hakikatnya Watie sahaja yang tahu.

Shuib turut mengiyakan apa yang diperkatakan oleh isterinya itu dan mengatakan yang dirinya hampir setahun ‘lost’ selepas pemergiaan arwah Sarah. Watie menjelaskan yang masanya banyak dihabiskan bersama-sama dengan anak-anak Shuib berbanding diri Shuib.

Rata-rata warganet memuji Watie seorang wanita yang hebat. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Cantik watie ni.. Shuib yang untung dapat wati.. bukti kesabaran watie.. Alhamdulillah… Ibu tiri terbaik.. “
” Tak semua punyai hati yg tulus mcmni.. tahniah anda wanita hebat.. Sebaknya dengar.. hebat Watie ni.. “
” Bagusnya watie.. tapi kesian kena kecam dulu sbb shuib kaya.. kan Watie x complicated.. suka kawin, cinta blkg hal. Anak no 1.. “
” Bukan senang nak ikhlas syg kan anak tiri…tp watie dipilih untuk itu….moga keluarga ini bahagia hingga ke jannah.. “
” Bagus watie, memahami Dan x demand untuk cinta, tapi dalam masa Sama dia dapat je semua kebahagiaan.. “
” Wati ibu tiri yang sangat2 bai.. inssallah anak2 akan menyayangi wati sampai bila2 masa.. kan Watie x complicated.. suka kawin, cinta blkg hal. Anak no 1.. “
” Alhamdulillah watie memahami keadaan. terima kasih utk anak2 yatim dpt ibu tiri yg mnyayangi. redha dn ikhlaskan segalanya syurga buat mu inshaaallah.. “

Tidak semua wanita yang sanggup bersusah payah demi anak-anak tirinya. Watie adalah salah seorang insan yang ikhlas yang Allah hadirkan ketika Shuib memerlukan seseorang dalam hidupnya untuk anak-anak. Beruntung Shuib kerana memiliki isteri yang hebat seperti Watie.
Tonton video di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG ermafatima
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

