Artis / Selebriti
” Eh saya pun takkan lah nak buat dia jadi laki, dah tentu tentu time tu kau curang.. ” – Watie Hanifiah
Video Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah menjawab isu kenal ketika arwah Siti Sarah masih ada curi perhatian warganet. Part video main golf yang tular tu, ini sebenarnya yang terjadi..
Perkahwinan Shuib Sepahtu dan Watie Hanifiah bahagia dan aman damai bersama anak-anak di sisi. Watie menjadi pelengkap keluarga dan pemilihannya sebagai ibu sambung kepada anak-anak Siti Sarah adalah tindakan yang betul oleh Shuib.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Too Pretty To Handle, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast Too Pretty To Handle yang mana Watie dan Shuib menjadi tetamu jemputannya. Banyak isu yang dikupas dalam podcast bersama pasangan ini.
Salah satu yang dibangkitkan adalah gosip yang mengatakan Shuib sudah berkawan dengan Watie ketika arwah Siti Sarah masih hidup. Ini berikutan tularnya satu video Watie bermain golf dan kedengaran suara seorang lelaki menyebut perkataan ‘nice‘ yang seakan-akan suara Shuib.

Tegas Shuib, itu bukan lah suaranya tetapi suara kawan mereka yang bernama Bob. Tambah Shuib lagi, Bob yang merakam video itu dan itu adalah suara Bob. Terjawab sudah teka teki warganet milik siapakah suara misteri itu. Shuib hanya mula berkenalan dengan Watie setelah pemergian Siti Sarah dan akhirnya membawa mereka ke alam rumahtangga.
Jom tonton video di bawah :
@tooprettytohandle_ Shuib & Watie @shuibsepahtu @watiehanifiah : TAKKANLAH SAYA NAK JADIKAN DIA SUAMI SAYA? DAH TENTULAH MASA TU DIA CURANG…#estikamedispa #telekungtea #shuibsepahtu #watiehanifiah #tooprettytohandlepodcast @estikamedispa @telekungtea
♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle
Watie turut berkongsikan anak-anak Shuib iaitu Uwais Alqarni, Thalita dan Ariq Matin langsung tidak membangkitkan isu video tersebut sekali pun mereka mengetahuinya. Anak-anak lebih mengenali daddy mereka dan dapat mengecam itu bukan lah suara Shuib.

Persoalan yang sering menjadi tanda tanya akhirnya terjawab sudah. Apa yang pasti, Shuib tidak curang dan setia dengan Siti Sarah sehingga lah takdir Allah menemukan mereka. Semoga perkahwinan Shuib dan Watie berkekalan hingga ke jannah dan berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok tooprettytohandle
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah

