Artis / Selebriti
” Shuib sampai cakap selama dia kenal Watie, dia tak pernah tengok diri Watie macam ni.. ” – Watie Hanifiah
Video Watie Hanifiah kongsi pengalamannya hampir meroyan selepas bersalin. Sedihnya dengar Watie cerita apa dia rasa hari-hari selepas Akira dilahirkan tu..
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan video yang memaparkan isteri kepada usahawan dan pelawak terkenal, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah berkongsi pengalaman yang cukup mencabar selepas melahirkan anak mereka, Akira Juita Zahra baru-baru ini.
Menurut Watie, dia pernah berdepan dengan situasi yang hampir menyebabkan dirinya mengalami tekanan emosi atau meroyan selepas bersalin. Watie mengakui fasa berpantang dan menjaga bayi yang masih kecil bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai seorang ibu, dia perlu menyesuaikan diri dengan rutin baru selain memastikan keperluan anak sentiasa terjaga.
Keadaan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosi dan mentalnya pada ketika itu. Bagaimanapun, Watie bersyukur kerana dikurniakan sistem sokongan yang sangat baik daripada suami serta ahli keluarga terdekat. Kehadiran mereka banyak membantu dirinya mengharungi tempoh sukar tersebut, selain sentiasa memberikan kata-kata semangat ketika dia berasa penat dan tertekan.

Dalam masa yang sama, kehadiran Akira Juita Zahra turut mengajar Watie tentang erti kesabaran dan pengorbanan sebagai seorang ibu. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, Watie percaya setiap ujian yang dilalui menjadikan dirinya lebih kuat dan matang dalam menjalani kehidupan berkeluarga.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sama lah. Suami & family sentiasa ada je tp sunyi tu pelik. Mmg pelik, nak marah menangis semua lah. . Emosi sangat2 tak stabil, dah macam orang tak betul.. “
” Itu biasa wati mmg akan ada perasaan tu tambah bila baby tgh breastfeed.. Saya faham rasa dan perasaan tu. kena lawan dan bykkan selawat.. “
” Prasan kita mak2 ni camtu la.. kadang overthinking bila baca n tengok macam2 kes budak2.. cara saya saya memang elak baca n tengok hal berkaitan budak2..”
” Lps brnk jgn start nangis… Wlau pon cuma hal2 kcik.. Nti jadi meleret2 wlaupon mnde tu takde kaitan pon dgn yg nangis awal2 tu.. Auto jd mudah sgt nk ngis
” Bagusnya Shuib support bagi semangat dkt wifeee dia.. Hormonal issues tu lepas bersalin. Normal utk 1st baby delivered.. Nnt 2nd baby body dah adapt
” Namanya baby blues. Semua mommy beranak anak sulung pasti merasa.termasuk Sy.. Aapepon keluarga org tedekat kene ada, jaga emosi jaga diri, InsyaAllah semua baik2 je.. “
” Ya itu normal. Tu dipanggil Dysphoric Milk Ejection Reflex. Dia akan hilang beberepa minit selepas pumping atau lekapan baby.. “
Segala kesukaran yang pernah dilalui oleh Watie kini semakin pulih dan keadaan dirinya juga bertambah baik. Smoga Watie sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan. Semoga Akira pula membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah serta membawa kebahagiaan buat seluruh keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial, iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

