Connect with us

Artis / Selebriti

” First time nampak Uwais cakap banyak dan tak malu-malu. Good job anak.. ” – Komen Netizen

Video cara anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Al-Qarni menjawab soalan daripada wartawan di Kejohanan Golf Amatur Selangor raih pujian ramai. Wah, 1st time tengok Uwais bercakap confident macam ni, biasanya malu-malu. Siap belanja menyanyi lagu lagi.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan paparan berita mengenai anak sulungnya, Uwais Al-Qarni. Aksi Uwais bermain golf di acara Kejohanan Golf Terbuka Amatur Selangor dikongsikan kepada umum.

Kelibat Uwais mencuri perhatian ramai tidak hanya kerana dirinya anak selebriti tetapi juga kerana kehebatan pukulannya sepanjang acara berlangsung. Uwais juga ditemubual oleh wartawan untuk mencungkil serba sedikit kisah penglibatan Uwais dalam sukan golf ini.

Kata Uwais, dia mula berminat dan berlatih bermain golf seawal usianya 8 tahun. Atoknya, Raissuddin Hamzah banyak memberikan tunjuk ajar. Sokongan keluarga terutamanya Shuib dan arwah Siti Sarah juga menjadi pembakar semangat Uwais untuk menjadi pemain golf yang hebat.

Tidak hanya golf, Uwais juga menyatakan secara terbuka minatnya dalam bidang nyanyian. Kata Uwais lagi, sebelum adiknya Thalita berjinak dalam dunia seni, dia dulu sudah mula menyanyi dan bermain muzik. Uwais turut menegaskan dia ada something yang boleh diketengahkan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Saya ada something.. Hebat anak ibu ni.. Uwais dah confident bercakap… Good Job.. support system dlm family shuib mmg terbaik.. “

” Kalau muda2 mcm ni pun dah main bawah par, tak lama lg dpt lesen pro la ni.. Suara dia memang sangat sedap, suara unik seperti arwah Ibu dia. Auntie vote dia menyanyi.. “

” Rasa nya dia klau menyanyi atau main golf dua-dua pon blh…bgs untuk masa depan dia fokus ja dua-dua.. Walau apa jua yg Uwais ceburi pasti beroleh kejayaan krn ada moral support dan doa dr insan-insan hebat yg Uwais mentioned… Atok, arwah ibu dan Daddy.. “

” Shine bright like a diamond.. Kalau gitu main golf sambil nyanyii la uwais. 2 2 Uwais…. Golf & menyanyi & piano.. Wow… 73 1 over 71 1 under.. hebat.. “

” Dah tak malu macam dulu-dulu. Bercakap pun pandai, tersusun ja bahasa dia. first time nmpk uwais cakap banyak dan tak malu2.. good job anak.. “

” Confident hebat Uwais.. Sebijik arwah ibu.. dah tak malu uwais bercakap depan kamera. tak mustahil., uwais akan jadi penyanyi dan pemain golf yang hebat suatu hari nanti

” Suara Uwais memang padu, bakat dari Siti Sarah dan Raissuddin. Nyanyi sedap, main golf pun hebat.. memang ada something betul uwais ni.. “

Uwais semakin pandai berbicara dan susun katanya juga tersusun rapi. Tidak mustahil Uwais boleh mencapai kedua-dua impiannya, menjadi seorang penyanyi dan pemuzik dalam masa yang sama seorang pemain golf bertaraf dunia. Semoga Allah permudahkan segala urusan Uwais dalam mengejar cita-citanya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak