Connect with us

Artis / Selebriti

” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen

Video Ubai dan Seth Uwais membuat podcast bersama buat ramai terhibur. Intro pun dah lawak Seth, jawapan Seth semua kelakar. Belum tanya lagi, dah jawab. Part nama penuh dengan bin tu memang tak sangka betul.. 

Kehadiran Ubai dalam hidup Shila Amzah dan anaknya, Seth Uwais membawa seribu kebahagiaan. Seth sangat rapat dengan Ubai dan mendapat kasih sayang yang tidak berbelah bahagi daripada Ubai. Perhatian yang diberikan oleh Ubai banyak merubah Seth ke arah kebaikan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ubaihani, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ubai membuat podcast bersama Seth. Bukan mudah untuk podcast bersama kanak-kanak istimewa seperti Seth dan ianya dipenuhi dengan gelak ketawa.

Pada permulaan podcast, Ubai mengalu-alukan kedatangan Seth dalam podcast Ubai Sentral. Seperti podcast lain, ianya akan dimulai dengan pengenalan diri oleh tetamu jemputan. Seth yang petah bercakap ini laju sahaja menyebut nama penuhnya dan memberitahu nama penuh Ubai.

Ubai tidak mampu menahan ketawa dan meminta untuk Seth menjawab satu persatu. Ramai yang suka mendengar dan tidak kurang juga yang tersentuh apabila Seth menyebut dirinya berbin kan Ubai. Betapa sayang dan tingginya kedudukan Ubai dalam hidup Seth.

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Sayang Seth.. Aunty Jac suka jawapan dia, Bin tu.. ” – Jaclyn Victor

” The way dia berbin kan ubai then we knows yg “real” figure mgkin tak ambil berat. Menbesar dgn baik seth.. Betapa jujur dan ikhlas kasih sayang Sethy terhadap Papa Ubai dengan berbin kan Ubai….it’s really unconditional love between them.. “

” Comel lah Seth haha.. Dia ber bin kan ubai weiiii, so sweet Seth. Trbaik…… Pndei Seth jawab….. Sikit lagi….. Kalah Ubai.. 

” Comelnya, clever boy sangat Seth ni.. Weh tshirt dia IKHLAS eh instead of IKEA hahaha..ayah dia yg jual, memey la kene bagi anak pakai hahahaha.. “

” Terus tukar bin haha.. cute and clever boy lah Seth. Very the shila amzahh.. Nak lagii pleasee.. Hahaha.. Suke sethy ngan 24 tue…ha ha..berat 24kg height pun 24… ha ha..random tul budak nie.. “

” Bila sebut je bin tu…aunty cry la seth…huhuhu…ubai mmg ayah mithali laa… jagalah amanah Allah dgn ikhlas…semoga kalian sekeluarga dlm rahmat Allah selalu…aamiin.. “

” People would love to watch more podcast of you after this la Seth.. Comel how ubai treat seth ni. Tak der jurang wlpun ayah tiri.. Comel seth full name bin tuuu.. “

” Bijaknye Seth.. Tp bahaya ni klau buat podcast lama2.. Kang banyak rahsia kuar haha.. Intro pun dah kelakar Seth. Memang patut pun seth pakai baju ikhlas. Jawapan dia sangat ikhlas.. “

Seth ada kemahiran menjawab yang baik dan jawapannya memang tulus serta jujur dari hati. Ramai yang kagum apabila Seth menjawab dirinya berbin kan Ubai. Kasih sayang Ubai yang ikhlas untuk Seth mengikat hati Seth untuk menyayangi dan menganggap Ubai sebagai ayah melebihi bapa kandung.

Jom tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ubaihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Inositol

Trending

Copyright © Berita Kopak