Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun akan tetapi ada tahapnya.. ” – Zizan Razak

Teguran terbuka Zizan Razak terhadap individu yang edit gambarnya secara berlebihan raih perhatian warganet. Dah melampau sangat, patut lah Zizan sound macam ni..

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak Zizan Razak. Zizan memiliki ramai pengikutnya di Instagram yang mana telah pun mencapai 7.4 juta orang. Zizan juga aktif di media sosial dan dalam masa yang sama mengusahakan perniagaannya. Peminat menyukai Zizan kerana sikapnya yang tidak sombong dan selalu merendah diri.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Zizanrazak869, telah dikongsikan satu posting yang memaparkan luahan hati Zizan. Kebelakangan ini, wajah Zizan kerap kali digunakan oleh orang awam dan disunting dengan pelbagai karakter yang melucukan.

Zizan pada awalnya tidak kisah dan menganggap itu sekadar hiburan dan untuk suka-suka. Namun keadaan mula berubah apabila ada individu yang menyunting wajah Zizan dengan pemakaian yang tidak sopan dan melanggar hukum agama Islam.

Ada juga yang mengambil kesempatan mempromosikan barangan jualan mereka dengan menggunakan wajah Zizan tanpa meminta keizinan daripada Zizan sendiri. Zizan merasakan itu tindakan yang tidak wajar dan hukumnya haram.

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Mula2 tgk kelakar, lama2 tgk melampau plak warga net ni, berlawak ada batas nya, tang ni setuju ngan zizan.. “

” Macam macam diorang.. ada edit Zizan tak pakai baju dan pakai baju kurung..tu melampau dah.. “

” Saya paling tak suka bila orang guna edit gambar Zizan pegang produk mereka. Ambil kesempatan di saat viral.. “

” Betul bang, ada yang edit muka abg jadi perempuan, hukumnya haram tu.. Post kt thread jgk zang pasal ni..beci plop nengok ada yg dooh lalu AI pn.. “

“Well said zizan razak, a man of dignity.. Semuanya ada limit..begitulah kehidupan.. Allahuakbar Macam macam la leni..bahaya sungguh zaman AI ni.. “

” Kalau orang edit yg pakai baju uni ke cmtu okay lagii.. edit menjual brg tu dh melebih. saya yang tengok pun rasa dorang melebih, apatah lagi tuan badan.. “

” Betul zizan. good job sebab memberi teguran. harap zizan boleh delete juga posting gambar pakai baju pink tu juga. pada saya, tak bersesuaian untuk di post secara terang-terangan. faham kan? hehe. take care zizan.. “

” Betul awal2 okay la mcm kelakar2 zizan pon layan sekali. Tapi bila dah masuk nak promote brg la, pastu tukar gambar jadi pompan . X okay la cmtu dah langgar batas.. “

Luahan hati Zizan ini memang berasas dan tidak sepatutnya pihak yang berkenaan sewenang-wenangnya menggunakan wajah Zizan untu mempromosikan produk mereka tanpa persetujuannya. Semoga teguran oleh Zizan ini akan diambil peduli oleh pihak tersebut.

Jom baca perkongsian di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zizan Razak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Earbuds

Trending

Copyright © Berita Kopak