Connect with us

Artis / Selebriti

” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen

Video Awal Ashaari dan Scha Alyahya menyambut ulangtahun kelahiran anak sulung mereka, Lara Alana yang ke 12 tahun curi perhatian warganet. Alahai dah anak dara Lara, makin cantik dan manis.. 

Kehidupan Awal Ashaari dan Scha Alyahya bersama anak-anak mereka kelihatan aman dan bahagia. Pasangan yang jarang terpalit kontroversi dan sentiasa low profile ini dikurniakan 2 orang anak perempuan iaitu Lara Alana dan Lila Amina.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Awal Ashaari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Awal dan Scha menyambut ulang tahun kelahiran anak sulung mereka, Lara. Tahun ini, genap lah usia Lara yang ke 12 tahun. Anak comel yang sering menghiburkan warganet ini kini sudah melangkah ke alam remaja.

Awal turut mencoretkan satu coretan ringkas di ruangan kapsyen yang berbunyi ‘ ishk, mata Daddy masuk habuk laa. Happy 12th Birthday my love, my firstborn, my forever babygir. Lara Alana’. Ini perasaan seorang ayah apabila anaknya sudah sebesar ini.

Lara mengajar Awal dan Scha cara untuk menjadi seorang ibu dan ayah. Pastinya banyak moment indah yang telah pun mereka cipta bersama sejak hari pertama Lara lahir sehingga lah sekarang. Lara yang cantik dan manis, saling tak tumpah seperti mommynya.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 39 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Cepatnya lara besar..rasanya baru je tgk lara masa kecik2…happy birthday laraaa.. dah sama tinggi dgn scha.. “

” Still remember the little cutie at Challis… how time flies daddy awalashaari Happy birthday Lara.. “

” Happy birthday Lara…rase mcm kecik lagi Lara..sekali DH besar DH..cepat masa berlalu.. “

” Happy birthday to her from Tok Wan..dah besar panjang dah sedikit hari dengar dah nak terima menantu ni.. “

” Rasa mcm baru je tengok Lara Oh Lara kt astro. Now dh big girl.. makin besar makin cantik manis Lara ni.. “

” Omg besar dah dia.. cantik sangat. Hb lara.. how time flies.. Awhhh cepatnya awak membesar.. happy birthday Lara sayang.. “

” Weyhhhh Rara dah besar ke aku yg tuaaa .. Happiest birthday nakkk , moga terus menjadi anak yg membanggakan kedua ibu bapa amin.. “

” Hapi b’day sweetie .. da remaja ya & jadi anak Dara ksygan scha & awal” smga besar mnjadi anak yg solehah k syg. Stay pretty always as ur mum ya” .. “

Semakin besar, semakin terserlah kecantikan Lara yang diwarisi daripada Scha dan Awal. Selamat ulangtahun kelahiran Lara Alana daripada kami di Berita Kopak. Semoga Allah mengurniakan Lara kesihatan yang baik, menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia serta akhirat.

Jom tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Awal Ashaari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Thumbler

Trending

Copyright © Berita Kopak