Artis / Selebriti
” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
Video Hussain Jamilul Hayat menyanyi lagu tamil ketika sesi kelas vokal Big Stage buat warganet terhibur. Amboi rancak betul, enjoy sungguh Hussain. Menyanyi santai pun naik sheikh yang mendengarnya..
Nama Hussain Jamilul Hayat terus menjadi sebutan warganet. Saban minggu, Hussain dinanti-nantikan oleh para peminatnya. Tidak hanya persembahan pentas, tetapi juga gelagat Hussain sepanjang minggu bersama rakan-rakan Big Stage juga menjadi perhatian.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mamaar dan Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan campus check peserta Big Stage. Banyak aktiviti yang mereka semua lakukan bersama, antaranya kelas vokal, berdiskusi dan ada juga sharing sesi bersama alumni Big Stage.
Pandangan mata pastilah tertumpu kepada Hussain. Pada awal video, aksi Hussain mendendangkan lagu tamil dikongsikan. Hussain kelihatan seronok menyanyi sambil yang lain bertepuk tangan mengiringi nyanyian oleh Hussain itu. Tidak hanya lagu melayu, lagu tamil juga Hussain layan.

Rakan-rakan Big Stage memberikan tepukan kepada Hussain selepas Hussain selesai menyanyi dan memuji suara Hussain itu. Baru sahaja viral nyanyian lagu Enjit Enjit Semut versi Hussain, adakah mungkin bakal ada yang meminta lagu tamil versi Hussain pula untuk dijadikan playlist minggu ini. Oh Hussain, versatile sungguh.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Alamakkk…takkan nak masuk playlist lagi sain oiii haha.. akak ni dh la gemor filem2 Tamil ni hahahaha,, “
” Suara HUSSAIN ni nyanyi lagu apa pun petik jari jer.. BOLE TAHAN HUSSAIN NI NYANYI LAGU TAMIL.. jangan lupa guys dia pernah nyanyi lagu janam janam dgn cemerlang.. “
” Hussain lagu Tamil pun boleh juga sedap tu Hussain…jom undi Hussain di big stage n Gempak most.. “
” MasyaAllah hussain ,, mmg penghibur hati kami semua. ada mgu lagu tamil ke nnt..tp lagu ni famous kan..mcm prnah dgr la haha.. “
” Kau akan hebat Sain….. Hindi .. semua Bahasa dunia lah Sain… memories never die satu sain.. talented,, Tamilpun dia tapau.. “
” Hussain smue dia boleh buat. muka rilek je nyanyi tamil haha.. tetap hussain.. Selleva Solleva.. Hussain nie kalau bagi lagu ABC pun mesti sedap.. “
” Cer Hussain nyanyi lagu twinkle twinkle little star next.. masuk playlist sat lagi tu..hehehhe.. “
Menyanyi santai lagi tamil pun sedap didengar suara Hussain ini. Jangan lagu Tamil pula yang diminta oleh warganet di pentas Big Stage nanti, berjoget-joget pula nanti peminat Hussain. Apa-apa pun, semoga Hussain dapat mencapai kejayaan dalam Big Stage musim ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Mamaar, ig astro gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq

