Artis / Selebriti
” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
Video ibu YB Syed Saddiq, Puan Shariffah Mahani meluahkan rasa teruja untuk melakukan persiapan majlis perkahwinan YB Syed Saddiq dan Bella Astillah raih perhatian ramai. Wah, tak sabar Mama nak dapat menantu baru..
Meninjau di akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan video temubual bersama ibu kepada Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz. Menerus video itu, Puan Sharifah Mahani mengatakan yang beliau kini menarik nafas lega selepas anaknya dibebaskan daripada semua pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.
Keputusan itu pastinya menjadi satu khabar gembira buat seluruh ahli keluarga yang selama ini tidak putus-putus memberikan sokongan kepadanya. Menurut Puan Shariffah Mahani, beliau amat bersyukur dengan keputusan tersebut dan menganggap ia sebagai satu rahmat yang dinantikan sekian lama.
Dalam pada itu, Puan Shariffah Mahani turut memaklumkan bahawa beliau dan ahli keluarga kini boleh memberi tumpuan sepenuhnya kepada persiapan hari bahagia YB Saddiq bersama tunangnya, Bella Astillah. Berita itu sekali turut mengundang rasa teruja di kalangan peminat yang sudah lama menantikan perkembangan pasangan berkenaan.

Hubungan YB Saddiq dan Bella Astillah yang sering menjadi perhatian ramai dilihat semakin mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Ramai berharap segala urusan pasangan itu akan dipermudahkan dan mereka dapat melangkah ke fasa baharu dalam kehidupan dengan penuh kebahagiaan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya turut menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Saya pulak yg sedihhh ni mama.. Apa pun alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan sgla urusan kdepan hri.. “
” Comelllll. Mak2 yg selalu excited nk kenduri.. Kita yang tengok ni pun tak sabar sangat tau wedding YB dan Bella.. Alhamdulillah, semoga semuanya berjalan dengan lancar.. “
” Entah la… Aku takde kene mgena pun dgn dorg .. Asal sedih sampai sini, haha mcm paham sgt perasaan ibu² tu .. Berharap yg terbaik utk anak kan.. “
” Sebaknye mama ckp mcm tu… Mcm aku plak nak jd menantu mama.. Apa2 pun syukur Allamdulillah YB bebas, kami semua pun turut rasa bahagia dan happy.. “
” Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa seorang ibu.. Bertuah Bella tau dapat bakal mak mertua macam mama ni.. Terima kasih mama terima Bella dan anak-anak.. “
” Alhamdulillah syukur.. Dengan izin Allah berkat doa orang ramai yang menyayangi YB.. Tumpang gembira.. All the best.. Semoga terus berbuat baik.. “
” Kita pun happpyyyyyy sangat… Tahniah mama dan keluarga, betapa leganya hati seorang ibu dapat berita gembira.. Semoga semuanya dalam rahmat Allah.. “
Selain itu, warganet turut menzahirkan rasa syukur dan mengucapkan tahniah kepada YB Saddiq serta keluarganya. Tidak kurang juga yang mendoakan agar segala persiapan menuju hari bahagia bersama Bella Astillah dipermudahkan dan pasangan itu terus dilimpahi kebahagiaan hingga ke jinjang pelamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

