Artis / Selebriti
” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
Video respon YB Syed Saddiq mengenai perancangan perkahwinannya bersama Bella Astillah buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar ucapan YB Saddiq untuk Bella dan anak-anak..
Tanggal 30 Jun 2026 menjadi tarikh kemuncak untuk kes YB Syed Saddiq di mahkamah. Banyak dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh MP Muar ini dalam menghadapi kes yang dikaitkan dengan dirinya itu. Sebagai salah satu usaha daripada rakan-rakan MUDA, satu majlis bacaan yassin dan solat hajat telah pun dianjurkan semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak dan Tiktik Oh Bulan, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan temubual pihak media bersama YB Saddiq. Ramai yang ingin mengetahui status hubungan YB Saddiq dan Bella sama ada mereka kan berkahwin atau tidak.
YB Saddiq menjelaskan, segalanya akan ditentukan setelah tarikh 30 Jun ini. Sama ada menang atau tidak, YB Saddiq berserah kepada Allah dan meyakini, segala usaha yang dilakukannya pasti akan mendapat balasan dan yakin, kebenaran akan tertegak.

YB Saddiq juga memberikan ucapan khas untuk Bella serta 2 orang anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Tulus dan ikhlas daripada hati YB Saddiq, 3 insan ini memberikan impak yang besar dalam hidupnya. Ruang kosong dan kegembiraan terisi setelah mereka hadir.
Jom tonton video di bawah :
@ohbulanofficial Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menzahirkan rasa syukur atas sokongan yang berterusan daripada keluarga serta tunangnya, Bella Astillah, menjelang keputusan perbicaraannya yang dijadualkan diputuskan pada Selasa depan. #ohbulan #kinitrending #syedsaddiq #bellaastillah
Lebih 14 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Sbb sy kesian ara tempoyot, sy doakan dia menang kes. boleh kawin dgn bella. bagi ara happy dgn daddy saddiq.. “
.. “
” Semoga Allah permudahkan urusan kalian dan jodoh berpanjangan ke jannah , yg penting keluarga yg terbina atas dasar keikhlasan hati membawa kebahagiaan yg sejati.. “
” Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, ku selitkn doa dlm sujudku agar dberi kemenangan kes2 mahkamah berpihak kpdnya Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Alsagof dan dpermudahkn segala urusan semua.. “
” Terserlah kejujuran dan keikhlasan ybss.. Ya Allah..Permudahkan Lancarkan Urusan nya..Semoga kemenangan berpihak kepadanya.. “
” Mintak tlng ara n ayen doakan selalu, insyaallah berkat doa ank2 ini juga dipeekenankan Amin3 ya rabbalalamin.. “
” Sedihnya ucapan YB Saddiq untuk Bella dan anak-anak tu. Betapa bermaknanya kehadiran Bella dan anak-anak dalam hidup YBSS. Aku yang nangis memikirkan apa akan jadi nanti.. “
Betapa berharganya Bella, Ayden dan Ara dalam hidup seorang yang bergelar Syed Saddiq. Ketenangan dan kebahagiaan yang dikurniakan Allah menerusi insan-insan ini dalam YB Saddiq berjuang untuk membersihkan namanya. Semoga segalanya dipermudahkan dan kemenangan akan berpihak kepada YB Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Gempak, Tiktok Ohbulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden

