Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya mahu fokus bina rumahtangga dahulu.. ” – YB Syed Saddiq

Video YB Syed Saddiq menjawab soalan mengenai hala tujunya selepas ini raih perhatian ramai. Keputusan terbaik yang YB Saddiq ambil. Part YB Saddiq sebut pasal anak-anak tu touching sangat.. 

Hari ini mencipta satu lagi sejarah buat MP Muar, YB Syed Saddiq apabila misi larian kesyukurannya yang bermula dari Istana Kehakiman Putrajaya dan berakhir di Muar pagi tadi berlangsung dengan jayanya. Larian ini menyasarkan kutipan pada asalnya hanya RM200,000 sebagai dana untuk Muar.

Namun satu kejayaan apabila kutipan akhir larian ini mencecah lebih RM650, 0000 dan ke semuanya disalurkan kepada rakyat Muar dalam bentuk food bank, laptop dan biasiswa. Rakyat Muar yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat menyambut kepulangan MP mereka itu dengan cukup meriah.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar Harian, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual YB Saddiq bersama pihak wartawan. YB Saddiq menegaskan, tugasnya sebagai ahli Parlimen Muar akan dijalankan dengan sepenuh hati sehingga lah Parlimen dibubarkan nanti.

YB Saddiq juga mengambil keputusan untuk memberikan fokus selepas ini untuk membina rumahtangganya bersama Bella Astillah. Sejak tahun 2014, YB Saddiq menumpukan perhatian kepada arena politik dan kini masanya untuk memikirkan dirinya sendiri. YB Saddiq juga ada menyentuh mengenai anak-anak Bella dan ianya menyentuh hati warganet.

Jom tonton video di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” Aku yang deep sorang ke bler dia ckp dengan 2 ank. saya doakan segala perancangan impian YBSS Allah lancarkan dan permudah segalanya.. Ya Allah permudahknlh segala urusan YB Syed Saddiq.Aamiin Ya Allah Ya Mujib.. ” 

” Bagus la SS dia mmg betul2 plan elok2 bina family dgn bella n anak2 supaya bertambah kuat semangat, dibelakang seorang pemimpin yg berjaya ada isteri yg sentiasa menjadi pendokong dan pembakar semangat.. ” 

” Touching sgt dgr YB ckp family baru dan dua ank2… he’s such a keeper. pasal tu ramai heartbroken gegadis di luar hahaha. Bagusnya YB xpernah tinggalkn @bellaastillah n family dlm setiap ucapan dia…btl2 greenflag lh.. ” 

” Alhamdulillah.. Bagus SS ni…satu dalam 1000. Ada mission,,.. Semoga Allah merahmati.Moga di mudah kan segala urusan. May Allah always be with you and family.. ” 

” Alhamdulillah. Biidznillah..Allah permudahkan segala urusannya. yb dan bahagia till jannah. Yb bahgia kami tumpang seronok gembira besama.. ” 

” Alhamdullilah. YB, Muar adalah YB dan YB adalah Muar. Kami rakyat Muar adalah YB. InsyaAllah segala perancangan yb ke fasa itu dprmudahkan. Nmpak bahagia tuu.. ” 

” Beruntung BA. Setelah air mata dan sengsara 2x kena talak, kena hina dgn keluarga mentua. Akhirnya Allah hadirkan seorang lelaki yg matang yg boleh terima diri dia dan anak2 serta bakal keluarga mentua yg penyayang. Semoga baik2 utk YB akan rumahtangga yg akan dibina nanti.. ” 

Satu keputusan yang terbaik untuk hidup YB Saddiq, Bella, Ayden dan Ara. YB Saddiq sememangnya seorang yang teliti dalam merancang masa depan keluarga barunya itu. Semoga segala perancangan YB Saddiq untuk bergelar suami dan daddy kepada anak-anak kesayangannya ini berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sinar, IG Teambassofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Dr Cardin

Trending

Copyright © Berita Kopak