Artis / Selebriti
” Ara terkejut, terkesima dia. Daddynya penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak.. ” – Komen Netizen
Video YB Syed Saddiq buat kejutan membawakan kek hari lahir buat anak Bella Astillah, Ara Adreanna. Terkejut Ara tengok Daddy Saddiq bawa kek. Sweet YB Saddiq, lepas penat berlari masih luang masa untuk insan-insan kesayangannya..
Sambutan hari lahir anak perempuan kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah, Ara Adreanna telah mencuri perhatian ramai apabila berlangsung dalam suasana yang cukup meriah dan penuh kasih sayang. Menerusi perkongsian di akaun Instagram teambassofficial, sebuah video memaparkan detik-detik istimewa sambutan tersebut telah dimuatnaik dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet.
Menerusi video berkenaan, kelihatan YB Syed Saddiq hadir sambil membawa sebuah kek hari lahir khas untuk diberikan kepada Ara. Kehadirannya menambahkan lagi kemeriahan majlis, malah senyuman yang terukir pada wajah Ara jelas menggambarkan rasa gembira dan terharu dengan kejutan yang diterimanya.
Lebih mencuit hati, Ara dilihat seolah-olah tidak menyangka YB Syed Saddiq sendiri akan muncul membawa kek tersebut. Difahamkan, kek berkenaan merupakan hadiah istimewa daripada Team BASS bagi meraikan ulangtahun kelahiran Ara. Momen manis itu turut mendapat perhatian ramai yang tersentuh melihat kemesraan mereka sepanjang sambutan berlangsung.

Ramai yang memuji keprihatinan dan sikap YB Syed Saddiq yang sanggup meluangkan masa untuk hadir meraikan hari istimewa Ara walaupun beliau baru sahaja selesai menamatkan larian yang disertainya. Tidak kurang juga yang menyifatkan kehadirannya sebagai satu penghargaan yang cukup bermakna buat Ara.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan dalam masa yang sama turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Ara. Antara komen-komen menarik adalah :
” Daddynya penat-penat pun ada juga masa luangkan untuk anak-anak, sweet sangat.. Mcm ni lah contoh daddy yg sebenar.. “
” Seronok ara tempoyot dgn eyden akhirnya dpt jgk diorang merasakan ksh syg btl² seorang Daddy.. Alhamdulillah.. “
” Ara terkejut..terkesima dia..Happy birthday Ara.. Moga jadi anak yg solehah dan berjaya dunia akhirat… Happy birthday Ara.. “
” Bertuah mereka dikeliling org yg baik2. Thanks a lot team bass share moment ni.. Selamat hari lahir Ara moga jadi ank yg solehah dan berjaya dunia akhirat.Aamiin.. “
” Happy birthday darling Ara.. May Allah SWT protect you Always. Aamiin Yarabball Alamiin.. Love from Ummi Nora.. “
” Sannah Helwah, BarakAllah Fii Umrik. Selamat Hari Lahir Ara Adreanna.. Maasyaa Allah Allahumma baarik.. “
” Happy Birthday Ara… Semoga Allah SWT akan selalu melindungi Ara dari segala.kejahatan … Semoga jadi anak yg soleha dan berjaya dunia akhirat. InsyaAllah… Aamiin Aamiin Aamiin.. “
Perkongsian video tersebut terus menerima ribuan tanda suka daripada pengguna media sosial dan ramai yang mendoakan agar Ara membesar menjadi anak yang solehah, sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG teambassofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen

