Artis / Selebriti
” Korang kena tengok macam mana Dato’ Seri Vida terkejut sangat.. ” – Dato’ Fazley
Video Dato’ Fazley Yaakob membuat kejutan istimewa untuk Dato’ Seri Vida di Airport Singapura. Terkejut dan terkedu DS Vida bila tengok Dato’ Fazley datang dan bawa bunga dengan coklat kegemaran DS Vida lagi. Romantik dan sweet sangat..
Hubungan yang terjalin antara usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dan cef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob semakin mencuri perhatian ramai. Setiap perkongsian yang dimuatnaik oleh kedua-dua figura ini di media sosial pasti menjadi perbualan di kalangan warganet.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Dato’ Fazley, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan beliau membuat kejutan istimewa buat Dato’ Seri Vida di Lapangan Terbang Singapura. Menerusi kapsyen yang ditulis, Dato’ Fazley memaklumkan bahawa mereka berada di Singapura bagi memenuhi urusan kerja.
Menurut Dato’ Fazley, beliau tiba lebih awal di Singapura, manakala penerbangan Dato’ Seri Vida pula mengalami kelewatan berikutan cuaca hujan. Tanpa menghiraukan masa yang perlu ditunggu, beliau setia menanti ketibaan usahawan terkenal itu sambil membawa sejambak bunga dan coklat kegemaran DS Vida. Tindakan tersebut jelas menggambarkan sikap prihatin dan layanan istimewa yang diberikan kepada DS Vida.

Sebaik sahaja DS Vida keluar dari balai ketibaan, wajahnya jelas menunjukkan riak terkejut apabila melihat Dato’ Fazley sedang menunggunya. Malah, senyuman yang terukir pada wajah DS Vida turut menggambarkan rasa terharu dengan kejutan yang diterima. Momen manis itu berjaya dirakam dan dikongsikan kepada para pengikut mereka dan mengundang pelbagai komen positif daripada warganet.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara k0men-komen menarik adalah :
” Omg sweetnya. Sumpah la. I love this so much.. Pagi ni dpt antidot senyum. Bestnyaaaaaa i nak doa banyak2 semoga perjalanan perhubungan kalian berdua Dato DatoS dipermudahkan
” Skrg bila ons je ig saya rasa mcm tgk drama pukul 7pm, hehehe semuga berjodoh betul2 la DidaLaVida. .”
” DSV nampak janggal.. Mungkin lama dah tak rasa org sayang.. Semoga jodoh mereka segera sampai dan semoga Kekal bahgia menyayangi satu sama lain.. “
” DSV nampak guarded. It is not easy kan DSV to let your guard down after being broken and hurt many times. You want to love and avoid being hurt at the same time.. “
” Kali ni bila bercinta dan lelaki yg luahkan segala nye baru la nmpk sweettt sgt…nmpk manis skrg Dato Vida… Lain da karakter dari yg dulu.. Moga berjodohan dan cepat2 la naik pelamin.. “
” Alhamdulillah.. Terima kasih DFY menghargai & membahagiakan DSV… Moga dipermudahkan segala urusan buat Dato berdua selepas ini.. Aamiin.. “
” Mcm nk gila aku sat ske sat mrh sat trsenyum sorang adui aku nk g planet lainlah mcm ni sewel aku tgk depa berdua sweet sgt.. “
Selain itu ramai yang memuji sikap romantik dan budiman yang ditunjukkan oleh Dato’ Fazley. Tidak kurang juga yang menyifatkan layanan istimewa itu sebagai satu bukti beliau seorang lelaki yang menghargai insan di sisinya. Semoga segala urusan mereka di Singapura dipermudahkan serta hubungan baik yang terjalin antara mereka terus berkekalan dan dipenuhi dengan kebahagiaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG fazleyyaakob
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

