Artis / Selebriti
” Walaupun kita tak sampai ke jinjang pelamin.. ” – Roslan Shah
Video respon Roslan Shah mengenai hubungan Dato’ Seri Vida bersama Dato’ Fazley Yaakob raih perhatian ramai. Alahai kesiannya Cik Lan, redha sungguh dia..
Hubungan rapat antara usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida dan penyanyi serta chef selebriti, Dato’ Fazley Yaakob sejak kebelakangan ini sering menjadi perhatian warganet. Kemesraan yang ditunjukkan oleh kedua-dua figura terkenal itu menerusi media sosial dan beberapa kemunculan bersama telah mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan peminat.
Ramai yang berpendapat bahawa DS Vida dan Dato’ Fazley dilihat serasi bersama dan mesra antara satu sama lain. Malah, tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan mereka seperti sedang dilamun cinta dan ianya mengundang pelbagai reaksi serta komen daripada netizen yang mengikuti perkembangan mereka.
Terbaru, meninjau akaun Instagram milik Media Hiburan, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sesi temubual bersama pengacara terkenal, Roslan Shah atau lebih mesra disapa sebagai Cik Lan. Video tersebut turut menyentuh mengenai hubungan yang sedang hangat diperkatakan antara DS Vida dan Dato’ Fazley.

Untuk rekod, sebelum ini Cik Lan pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan DS Vida. Malah, kisah mereka pernah menjadi perbualan ramai sehingga timbul dakwaan bahawa kedua-duanya bakal mendirikan rumahtangga. Namun begitu, segala spekulasi tersebut akhirnya berlalu begitu sahaja tanpa sebarang pengesahan lanjut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang menyukai dengan jawapan yang diberikan oleh Cik Lan. Antara komen menarik adalah :
” Aamiin… Sahabat y baik& positive.betul tu ajal, jodoh tu Allah tentukan. Yy penting dpt kejsama dlm keje. gitu.. “
” Betul tu C.Lan Ajal maut tu di tangan Allah swt .. Sentiasa positive Ciklan. Kita doa baik baik supaya yang berbalik pun semua baik baik.. “
Menurut Cik Lan, dia menerima dengan hati yang terbuka sekiranya benar DS Vida ditakdirkan bertemu jodoh dengan Dato’ Fazley. Malah, dia juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan perkara tersebut dan menghormati setiap ketentuan yang telah ditetapkan.

Kata Cik Lan lagi, walaupun dirinya pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan DS Vida sebelum ini, dia tetap mendoakan kebahagiaan buat usahawan terkenal itu. Cik Lan berharap agar segala urusan DS Vida dipermudahkan dan sekiranya benar ada jodoh antara DS Vida dan Dato’ Fazley, Cik Lan mendoakan agar hubungan mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan berkekalan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mediahiburanofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen

