Artis / Selebriti
” 3 hari lepas, saya hampir ma ti le mas di Bali.. ” – Spacedollah
Video Spacedollah kongsi pengalaman pahit hampir ma ti le mas di Bali, Indonesia baru-baru mengejutkan ramai. Takutnya dengar apa yang Spacedollah cerita. Lagi-lagi part dia dah lemah dan tak boleh berenang dan tak sangka tiba-tiba ada yang datang selamatkan dia..
Meninjau akaun Instagram milik abang kepada YB Syed Saddiq iaitu Spacedollah, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya berkongsi pengalaman cemas yang berlaku beberapa hari lalu. Menerusi video tersebut, Spacedollah menceritakan detik-detik mendebarkan yang hampir meragut nyawanya ketika sedang bercuti di Bali.
Menurut Spacedollah, dia bersama YB Syed Saddiq, Hadi serta beberapa ahli keluarga lain telah meluangkan masa beriadah di kawasan pantai. Dia kemudiannya mengambil keputusan untuk berenang di laut dan pada mulanya keadaan kelihatan terkawal walaupun terdapat ombak yang agak kuat. Namun tanpa disedari, dia mula dihanyutkan arus yang semakin deras sehingga dibawa jauh ke tengah laut.
Situasi menjadi semakin mencemaskan apabila dia mendapati dirinya sukar untuk kembali ke kawasan asal. Ombak yang kuat terus menolaknya ke arah yang lebih jauh, manakala tenaganya pula semakin berkurangan akibat terlalu lama bergelut dengan arus. Lebih membimbangkan, dia turut tertelan banyak air laut sehingga menyebabkan pernafasannya menjadi semakin sukar dan keadaan ketika itu benar-benar membuatkan dirinya panik.

Dalam keadaan terdesak, Spacedollah berkata dia sempat menjerit meminta pertolongan sebanyak tiga kali kepada YB Syed Saddiq dan Hadi. Namun begitu, suaranya tenggelam dek bunyi ombak yang kuat dan tidak didengari oleh mereka. Ketika itu, dia mengakui sudah mula berputus asa kerana kakinya tidak lagi mampu digerakkan untuk terus berenang dan dia merasakan nyawanya berada di hujung tanduk.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Spacedollah tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Gosh Spacedollah that must have been so scary… I’m so glad you lived to share this with all of us. Not everyone gets a second chance at life. Bless Syed Saddiq, what a hero.. “
” Water in Bali ocean is so unpredictable. I’m glad u are ok. Tq for sharing this.. Salute to Syed Saddiq.. Alhamdulillah. Thankful you are back safe & sound.. “
” Allah is giving you a second chance, brother… betapa Allah masih sayangkan u & berkehendak u jadi insan yang bermanfaat di atas bumi ni sebelum dijemput kembali ke dalamnya. I believe you know what to do with this gift of life.. “
” Weh.. Allahuakhbar…… Allahuakhbar… Alhamdulillahhhh syukur kepada Allah swt.. Allah masih lindungi… semoga panjang umur dan dilindungi selalu dollahhhh .. “
” Syukur awak selamat. Syukur YB at least were trained to have probably have some kind of “ironman” strength to save you. I’m so glad you are ok.. “
” Nauzubillahi Minzalik… Allah gave you a second chance, bro. Make the most of it, everything happens for a reason.. “
” Huh I yg jadi nervous dengar cerita you. Alhamdulillah Allah bagi peluang you bernafas lagi. Lastly mmg Allah nk jadikan ss is the hero that time. Syukur semua selamat.. “
Bagaimanapun, di saat-saat genting itulah kelibat Syed Saddiq muncul untuk membantunya. Ahli Parlimen Muar itu bertindak pantas dengan menolak dari belakang sehingga mereka berjaya kembali ke persisiran pantai dengan selamat. Mengimbau semula kejadian tersebut, Spacedollah mengakui dirinya berasa sangat insaf dan menyesali sikap yang mungkin memandang ringan aspek keselamatan ketika berada di laut.
Dalam masa yang sama, dia turut meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang untuk hidup serta berterima kasih kepada adiknya yang menjadi penyelamat dalam detik paling mencemaskan itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG truedollah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

