Connect with us

Artis / Selebriti

” Tiba teringat tali pinggang dia. Kelakar ye, tak sangka YB pun perangai macam tu.. ” – Komen Netizen

Gambar YB Syed Saddiq sedang mengambil foto menggunakan handphone miliknya raih perbualan warganet. Sadisnya tengok card holder kat handphone YB Saddiq tu. Auto teringat tali pinggang YB dulu.. 

Bagi yang mengikuti perkembangan YB Syed Saddiq pastinya sudah masak dengan sikapnya yang tidak suka membazir. YB Saddiq bukan orang yang suka memboros membeli barangan berjenama dan sekiranya ada, barangan itu pasti akan dipakai selama yang boleh.

Menerusi perkongsian di akaun Threads Aimi_sayang, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gelagat YB Saddiq ketika berada di majlis akad nikah adik Bella Astillah, Didi Astillah baru-baru ini. YB Saddiq yang mengenakan sepasang baju Melayu berwarna putih kelihatan segak dan kemas.

Menerusi gambar ini, YB Saddiq sedang mengambil foto di majlis itu menggunakan handphone miliknya. Namun apa yang menjadi perhatian adalah phone casing YB Saddiq yang terpasang aksesori MagSafe wallet atau card holder yang menyimpan kad.

Keadaan card holder tersebut kelihatan sudah buruk dan terkoyak kulitnya, namun YB Saddiq masih setia memakai aksesori itu. Ia mengingatkan warganet dengan kejadian tali pinggang YB Saddiq yang rosak teruk ketika Bella makeover penampilan YB Saddiq tahun lalu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” Tiber teringat tali pinggang dia . Kelakar ye tak sangka yb pun perangai mcm tu..itu membuktikan yg yb ni seorang yg setia. Pakai barang selagi boleh guna dia guna je sampailah lunyai hehe.. “

” Tak boros, mostly duit spend kat rakyat muar. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Semoga dpermudahkn segala urusan YB Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Alsagof dan di berikn kemenangan yg mutlak Aamiin.. “

” Aku teringat yg tali pinggang tuh.. hahahaha.. Xpe YB. Janji masih boleh diguna.. yang penting fungsinya.. tu pun ada je yang tak puas hati dengan dia.. “

” Masa mula2 Bella kenal YB pun kasut YB pun dah teruk, tali pinggang, dan YB x pakai jam harga 100k pun.. Stokin pun berlubang ye kat jari tu.. “

” Ni baru betul berjiwa rakyat.. nk sedih stokin koyak,tp berduit lebih memntingkn kebajikan rakyat Muar.. Korg ingt x tali pinggang dia dulu gaisss hahahah.. “

” Phone holder dah lunyai cmtu, iphone pun bkn latest one. mana tak duit dia bekerja smua bagi pade rakyat dia takde fikir poket dia sendiri.. “

” Stokin, tali pinggang, kasut, songkok; beg hitam dia pun dah nmpk unsur2 overused.. Tetiba teringat stokin yb yang koyak sebelah . Humble betul yb ni haha.. “

Apa yang tersedia, itu lah yang YB Saddiq akan pakai selagi ianya boleh digunakan. Betapa YB Saddiq memanfaatkan setiap barang kepunyaan sehingga ke tahap maksimum penggunaannya. Apa-apa pun, ini menunjukkan YB Saddiq seorang yang cermat dan tidak suka membazir. Terbaik lah YB Saddiq.

Silakan SHARE..

Sumber : Threads Aimi_sayang, IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak