Connect with us

Artis / Selebriti

” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen

Gambar-gambar outdoor photoshoot bekas isteri Dato’ Red, Sharifah Nurshafila dan suami barunya, Din curi perhatian warganet. Wah ni baru nampak jelas muka suami Kak Fila, segak dan handsome orangnya..

Sharifah Nurshafila atau mestra disapa Kak Fila pernah bergelar isteri kepada Datuk Red, namun jodoh mereka tidak panjang dan sah bercerai 2 tahun yang lalu. Kak Fila membawa haluan sendiri dan akhirnya bertemu bahagia baru yang dapat menerima dirinya dan anak-anak seadanya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sharifahnurshafila dan kr_8526, telah dikongsikan beberapa gambar outdoor photoshoot Kak Fila dan suaminya itu yang dipanggil sebagai Din. Kedua-duanya kelihatan sangat berseri-seri dalam busana pengantin berwarna putih.

Menerusi gambar yang dikongsikan, jelas terpancar kebahagiaan pada wajah Kak Fila dan Din. Gambar-gambar yang dikongsikan ini jelas memperlihatkan wajah Din yang menjadi teka-teki di kalangan pengikut Kak Fila. Ramai yang memuji wajah tampan Din.

Memetik komen warganet, Kak Fila dan Din memang sepadan. Din memiliki rupa yang segak, manakala Kak Fila pula cantik dan anggun. Tumpang gembira warganet melihat gambar-gambar pasangan pengantin baru ini. Cinta terakhir yang diharapkan akan memberi kebahagiaan.

Jom ikuti perkongsian di bawah :

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Tahniah din dan fila.. sama pandan cantik dan tampan moga kekal hingga ke jannah. taw2 kuar vtt je din oiii.. “

” Tahniah kak pila dan suami atas hari bahagia ini. Semoga perjalanan baru ini dipenuhi cinta, kesabaran, gelak tawa dan kenangan indah bersama pasangan. Semoga bahagia selalu.. “

” Alhamdulillah akhirnya kak pah selamat dijab kabul.. smoga kak pah hari2 bahagia dsamping suami tercinta.. Btahun2 kak pah bkorban hati.. smoga inila cinta yg terbaik mnemani kak pah hingga akhir hayat.. “

” Elok paras rupa suami kak pah. memang sepadan sangat, manis sejuk mata memandang.. tahniah kak pah dan suami.. selamat pengantin baru, moga berbahagia selalu.. “

” Tahniah kak Fila.. handsome nya hubby kak fila ni.. bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dan permata. moga kekal bahagia sampai syurga.. “

” Helok yang ni kak pah hehe.. tahniah handsome dan cantik.. semoga perkahwinan yang dibina ini sentiasa mendapat rahmat dan diberkati Allah selalu.. “

” Tahniah Pah, handsome suaminya, manis je muka.. pah pun cantik sangat sangat.. Moga pah bahagia hingga ke akhir hayat.. selamat pengantin baru.. “

Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Sejuk mata memandang Kak Fila bersama suami, kebahagiaan yang jelas terpancar daripada raut wajah mereka berdua. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan kekal berkekalan sehingga ke hujung nyawa.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Kr_8526, Tiktok Sharifahnorshafila

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak