Connect with us

Artis / Selebriti

” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Vida cemburu dan marah apabila Roslan Shah memeluk Dato’ Fazley Yaakob buat ramai terhibur. Macam tu je Cik Lan tolak Dato’ Vida. Nasib baik Dato’ Vida tak jatuh tersungkur. Adui lah, dah macam cinta 3 segi, haha..

Kisah hubungan rapat antara usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida dan Dato’ Fazley Yaakob sememangnya sudah menjadi perhatian ramai. Pasangan ini sering mencuri tumpuan menerusi perkongsian video mereka di media sosial yang menghiburkan. Terbaru, menerusi akaun TikTok milik Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pertemuannya bersama Roslan Shah atau lebih mesra disapa Cik Lan di sebuah ekspo.

Apa yang paling mencuri perhatian sudah pastinya gelagat spontan Cik Lan yang tidak pernah menghampakan. Sebaik sahaja bertemu Dato’ Fazley, Cik Lan terus memeluknya sambil mengucapkan ‘I love you’. Melihat aksi tersebut, Dato’ Seri Vida pantas menghalang Cik Lan. Momen itu cukup mencuit hati.

Gelagat mereka bertiga menghiburkan ramai warganet. Ramai yang terhibur melihat kemesraan serta gurauan bersahaja antara Dato’ Seri Vida, Dato’ Fazley dan Cik Lan. Tidak kurang juga yang menyifatkan persahabatan mereka kekal erat meskipun sering bergurau mengenai soal cinta.

Untuk rekod, ramai mengetahui bahawa Dato’ Seri Vida dan Cik Lan sememangnya berkawan rapat sejak sebelum ini lagi. Malah, Cik Lan sebelum ini sering berseloroh dengan mendakwa dirinya nerupakan tunang Dato’ Seri Vida hingga mengundang pelbagai reaksi lucu daripada para peminat yang mengikuti perkembangan mereka.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Berdekah tengok bila Cik Lan tolak Dato’ Vida tu, lawak betul.. Happy betul tengok keakraban masing-masing.. “

” Hahahaha kecewa betul Cik Lan, hahaha.. Tapi lawak kuat menyakat Cik Lan yer.. ahahaha pasrah tengok dato fazley.. “

” Riuh rendah jadinya.. Marah ada orang kacau kekasih dia, hahahaha lawak lah Dato Vida ni, comel tengok.. “

” Mahu tak cemburu… Dapat kekasih handsome sangat, tergugat tau, haha.. Cik Lan pula kaki menyakat.. “

” Letih aku tengok, hahahaha kelakar lah.. Bila masing-masing berjumpa, macam2 hal dorang buat, haha.. “

” Cik Lan ni memang sporting, kelakar habis. Penyeri suasana.. Cik Lan ni bff dato vida lah, memag rapat dari dlu lagi.. “

” I suka tgk DSV bila mcm ni dia mmg nmpk cantik…Dato jgn over makeup tau…saya suka DSV yg natural beauty.. “

Walaupun gurauan tersebut hanya sekadar hiburan, hubungan baik antara mereka tetap terjalin sehingga hari ini. Kehadiran Dato’ Fazley juga jelas tidak menjejaskan persahabatan yang telah lama terbina. Malah, keakraban mereka bertiga berjaya menceriakan suasana dan membuatkan ramai berharap silaturahim yang indah ini akan terus berkekalan.

Tonton video di bawah ini :

@datoserividaofficial

Nasib baik tak tersungkur kena tolak dengan Cik Lan. Apa la ciklan peluk2 Dida kita ni 😡 #fyp #viral #dsv #didalavida

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Silakan SHARE..

Sumber :TikTok datoserividaofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Dr Cardin

Trending

Copyright © Berita Kopak