Connect with us

Artis / Selebriti

” Satu dalam sejuta lah Dato’ Fazley ni. Sweet betul lah cara dia layan DS Vida.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Fazley melayani Dato’ Seri Vida makan di sebuah restoran buat ramai tersenyum. Alololo, romantik betul Dato’ Fazley ni, siap ambil tisu lap mulut Dato’ Vida. Part ada peminat nak bergambar tu pun sweet tindakan Dato’ Fazley..

Sebut sahaja mengenai pasangan yang sedang hangat diperkatakan iaitu Dato’ Seri Vida dan Dato’ Fazley Yaakob, pasti setiap perkembangan mereka akan menjadi perhatian ramai. Sejak hubungan mereka mula terbuka kepada umum, setiap perkongsian yang dimuatnaik oleh kedua-duanya di media sosial sering mencuri tumpuan ramai.

Terbaru, menerusi tinjauan di akaun Instagram milik Dato’ Seri Vida, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan beliau bersama Dato’ Fazley sedang menikmati hidangan di sebuah restoran. Video itu mencuri perhatian ramai kerana layanan yang diberikan oleh Dato’ Fazley terhadap usahawan terkenal itu.

Menerusi video tersebut, Dato’ Seri Vida dilihat hanya duduk di tempatnya, manakala Dato’ Fazley pula menguruskan segala-galanya termasuk menghidangkan makanan dan memastikan setiap juadah tersedia buat DS Vida. Sikap prihatin dan layanan penuh sopan yang ditunjukkan oleh Dato’ Fazley membuatkan ramai menyifatkan beliau seorang yang cukup menghargai insan tersayang.

Bukan itu sahaja, ketika mereka sedang menjamu selera, beberapa pengunjung turut datang untuk bergambar bersama Dato’ Fazley. Apa yang mencuri perhatian, Dato’ Fazley dilihat terlebih dahulu meminta izin daripada Dato’ Seri Vida sebelum melayan permintaan peminat. Tindakan kecil itu dianggap sebagai tanda hormat dan keprihatinannya terhadap pasangan.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Satu dalam sejuta lah Dato’ Fazley ni. Sweet betul lah cara dia layan DS Vida.. semoga dato fazley sayangkan DSV dengan ikhlas kerana Allah Taala …Suka sangat tengok DSV happy.. “

” Im smile saw this.. Ada org pernah cerita kat I,diorg sgt respect dgn DSV sbb DSV sgt menjaga solat.Saya pernah ternampak DSV,dia cool je….. Macam pemalu gitu.. “

” Eeehhhh… Eehhh,dah kenapa kita yg tersengih2 ni.. Adoiii,tolong la Dato2,tolong cepat2 kahwin.. “

” Datoo tolong ehh jgan kata ni markting², hahahaa kita nya trsengih2 skli ni… Bagi jadi tau, tak sabar tau nak tggu.. “

” Jangan la buat sy senyum sorang-sorang kat sini, adushhh. Suka vibes dato sri yang baru ni bila dengan dida.. “

” Kenapa aku senyum sorang- sorang… Macam bukan dibuat- buat. Bahagia lain macam ni. Semoga berjodohan.. “

” Moga Allah permudahkan segala urusan, benda yg baik, niat yg baik moga Allah permudahkan segala nya… Aamiin2.. “

Bukan itu sahaja, warganet turut memuji layanan istimewa yang diberikan oleh Dato’ Fazley kepada Dato’ Seri Vida dan menyifatkan pasangan itu semakin serasi bersama. Tidak kurang juga yang mendoakan agar hubungan mereka terus berkekalan serta berakhir dengan ikatan yang lebih bermakna pada suatu hari nanti.

Tonton video di bawah ini :

Silakan SHARE..

Sumber : IG datoserivida

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Thermos Girrafe

Trending

Copyright © Berita Kopak