Artis / Selebriti
” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
Video Dato’ A. Aida membebel tak berhenti ketika anaknya, Azeva ingin membeli pantung mainan buat ramai terhibur. Membebel Mama anak dah besar panjang beli patung lagi, haha..
Semakin hari, nama anak kepada penyanyi Ameng Spring dan penerbit terkenal, Dato’ A. Aida iaitu Azeva Natassha semakin mendapat perhatian ramai. Sejak menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua, Azeva dilihat semakin yakin melangkah dalam industri hiburan dan mula mencuri perhatian peminat.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram, Dato’ A. Aida telah memuatnaik dua buah video yang memaparkan telatah mencuit hati Azeva ketika berada di Singapura. Menerusi video pertama, Azeva dilihat begitu teruja sebaik sahaja memasuki sebuah kedai permainan patung yang dikenali sebagai Port Mart.
Gelagat Azeva itu turut mengundang usikan daripada Dato’ A. Aida yang menyifatkan anaknya itu seperti kanak-kanak kecil yang terlalu teruja melihat pelbagai permainan patung di dalam kedai berkenaan. Menerusi rakaman tersebut, jelas kelihatan Azeva begitu seronok melihat dan memilih patung yang menarik perhatiannya.

Tidak berhenti di situ, video kedua pula memaparkan Azeva yang leka menyusun kesemua anak patung yang dibelinya. Dalam pada itu, telatah mereka berdua yang saling menyakat antara satu sama lain ternyata mencuit hati, malah memperlihatkan hubungan akrab antara seorang ibu dan anak.

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahahaha.. Kita yg 33 ni pon still lg ad teddy bear n simpan keychain yg patung kcik2 buat collection sbb ank bgsu kot.. Tittle as “adik” hahaha lol.. So sy fhm
” Adik sy yg bongsu dia tanya “kenapa semua anak no 2 kena panggil adik eh” .. Maaf shakapp anak no 2 ni mmg specialll.. “
” Bertabah la mama.. Selagi tak penuh hirono nyota toyol hijau dia.. Selagi tu la takbole tgk PopMart.. “
” Bagus lah pakai seluar beggy. Tak pakai ketat. Sopan budak ni. Teruskan azeva jadikan cth buat anak muda.. “
” Guna kad mama lah hehe pndai ekkk.. Hahaha slumber die gatal kan mama nye.. Cute betul perangai dua beranak ni.. “
” Mcm gitu je eh dia ckp mama dia gatal.. Penat lah aku tengok Azeva ni, hahaha masuk air betul perangai dia.. “
” Hahahaha mama tertarik jugak kan tu “wahh cantiknya bole bukak lampu” .. Comel2 semua patung Azeva.. “

Perkongsian tersebut menghiburkan warganet yang menonton apabila ramai tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat Azeva yang begitu teruja dengan permainan patung berkenaan. Dalam masa sama, ramai turut mendoakan agar Azeva terus melangkah maju dalam bidang seni dan semakin menyerlah dengan bakat yang dimilikinya.
Tonton video-video di bawah ini :
Silakan SHARE..
Sumber : IG a.aidaproduction
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti3 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad

