Artis / Selebriti
” Sedap betul suara dua beranak ni berduet, dah umpama konsert pula.. ” – Komen Netizen
Video throwback Azeva Natassha berduet bersama papanya, Ameng Spring menyanyikan lagu Ombak Rindu ketika Majlis Pernikahan kakak Azeva, Az Aleesa raih pujian warganet. Wah, sedap dan merdu sungguh Azeva bawa lagu ni. Duet yang padu..
Meninjau di akaun TikTok milik rnd0mposst, telah dikongsikan sebuah video throwback yang memaparkan momen istimewa penyanyi yang baru meningkat naik, Azeva Natassha menyanyi berduet bersama bapanya yang juga penyanyi terkenal, Ameng Spring.
Video tersebut berjaya mencuri perhatian ramai pengguna media sosial yang terhibur melihat kemesraan anak beranak itu. Difahamkan, rakaman berkenaan dibuat ketika majlis pernikahan kakak Azeva, Az Aleesa yang berlangsung beberapa tahun lalu.
Walaupun video tersebut bukanlah rakaman baru, namun ia kembali tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang baru menyaksikannya. Menerusi video itu, Azeva dan Ameng tampil menyampaikan lagu popular berjudul Ombak Rindu di hadapan pasangan pengantin serta para tetamu yang hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Persembahan mereka dilihat mendapat perhatian penuh daripada para jemputan yang menikmati alunan suara merdu kedua-duanya. Apa yang menarik perhatian ramai adalah keserasian yang dipamerkan oleh Azeva dan Ameng ketika menyanyi bersama.
Tonton video di bawah ini :
@rnd0mposst video lama pernikahan kakak Azeva , Azeva nyanyi sekali dgn papa meng #azeva #amengspring
Di ruangan komen, ada yang menyukai perkongsian video ini dan memuji kemerduan suara Azeva menyanyi. Antara komen tersebut adalah :
” Sedap betul suara dua beranak ni berduet.. Azeva memang berbakat macam bapa dia.. “
” Weii untung tetamu dpt tengok live Ameng dengan Azeva.. Dah umpama konsert pula, hehe.. “
Meskipun ketika itu Azeva masih muda, dia berjaya menunjukkan bakat nyanyiannya yang mengagumkan dan mampu menyampaikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan. Selain itu, ada yang mengatakan kemerduan suara Azeva yang dikatakan mewarisi bakat seni bapanya.

Untuk rekod, Azeva merupakan salah seorang peserta program Talk To My Manager 2. Menerusi penyertaannya dalam program tersebut, Azeva berjaya menarik perhatian ramai dengan bakat serta personalitinya yang tersendiri, hingga membuatkan namanya semakin dikenali di kalangan peminat industri hiburan tempatan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rnd0mposst
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

