Connect with us

Artis / Selebriti

” Ini paling mahal dalam sejarah seni. Bukan senang tengok Zamani cover lagu orang lain.. ” – Komen Netizen

Video paduan suara Ameng Spring dan Zamani Slam mendendangkan lagu Kasih Yang Tak Pasti raih pujian warganet. Meremang dengar suara dua otai ni berduet, menusuk ke hati nyanyiannya.. 

Konsert Jom Santai x Syahmi Sazli telah pun berlangsung dengan jayanya di Mydin Tunjong Hpyermart, Kota Bharu Kelantan semalam. Ribuan penonton memenuhi perkarangan pusat membeli belah itu untuk menonton konsert Malam Lagenda Hits 90an (Jom Santai x Syahmi Sazli).

Beberapa orang vokalis kumpulan Rock 90an dibawakan khas ke konsert ini iaitu Ameng Spring, Zamani Slam, Izam EYE, Shidi Data, Poey Stings dan Azan Scan. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kak Saba (isteri Ameng Spring), telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan daripada Ameng dan Zamani.

Dua otai lagenda ini menyampaikan sebuah lagu lama berjudul Kasih Yang Tak Pasti. Lagu berhantu ini merupakan dendangan asal arwah Opie Panji dan Ameng yang popular sekitar tahun 1993. Ianya pernah menjadi siulan ramai anak muda pada ketika itu.

Mendengar nyanyian Zamani dan Ameng mengimbau kenangan lama di hati warganet. Baik Ameng mahu pun Zamani menyanyikan lagi ini dengan penuh penghayatan. Vokal yang padu ditambah pula sound system yang mega, meremang warganet mendengar paduan suara otai-otai ini.

Jom tonton video di bawah :

@kaks4b4

#amengspring #zamanislam #syahmisazli #jomsantaixsyahmisazli

♬ original sound – 💞KakS4b4💞 – 💞KakS4b4💞

Persembahan penutup konsert yang padu daripada kesemua otai-otai :

@syahmisazlilive

Tak boleh move on dengan gandingan enam lagenda ni🔥

♬ original sound – Syahmi Sazli – Syahmi Sazli

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Dua-dua lejenn terbaikk.. lagu kasih yang tak pasti ni best sgt2.. jarang papa meng bawa lagu ni.. paduuu.. “

” Malam tadi lagu-lagu memang telan kaset semua.. paduuu.. Suara duo ni mmg mantap..lemak merdu..part tggi pun relaks je.. “

” Suara telan kaset aiwa otai-otai ..zaman aku kecik-kecik lagi.. Kalau dengar yang LIVE malam tadi SOUNDS dia lagi padu.. “

” Ameng & zamani dua² lajen. Al-Fatihah buat Allahyarham Opie (Mohd Rafi Ibrahim) dan Norman (Mohd. Nor Hussin).. Semilir, Sayap Terluka dan lagu ini.. lagu wajib karaoke.. “

” Dua-dua suara padu terbaiklaaah.. dua lagen pop Rock jiwang leleh memang padu lah camera pun view cantik.. “

” Fuiyyooooo ramai…… Duet otai yang mantap dan mengimbau kenangan… dua dua lejen terbaik.. gabungan 2 suara yang menjadi.. “

” Memang padu lah, kedua duanya lagend sepanjang zaman.. Ameng Spring dan Zamani, aura dorang tu sampai sekarang kuat di hati peminat.. “

” Ini paling mahal dalam sejarah seni .bukan senang tengok zamani cover lagu orang …otai bila braksi mmg padu.. “

Gabungan suara Ameng dan Zamani memang memukau penonton dan menggamatkan suasana di konsert semalam. Vokal yang padu dan ada gaya tersendiri dalam membawakan lagu ini. Semoga terus menyinari industri dengan suara emas kalian berdua yang tak lapuk ditelan zaman.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Kaks4b4, Tiktok Syahmisazlilive

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak