Artis / Selebriti
” Menggunakan 1 jarum yang paling halus dan direct suntik ke tumor.. ” – Amyza Aznan
Amyza Aznan kongsi anaknya Adrian Adam menjalani prosedur rawatan utama yang melibatkan kos yang tinggi. Bukan 1 suntikan direct dekat tumor, tapi..
Orang ramai sedia maklum mengenai kondisi kesihatan anak kedua pelakon Amyza Aznan, Adrian Adam yang disahkan menghidap kanser tulang. Penyakit ini mula dikesan pada bulan Ramadhan yang lalu dan ianya memberi tamparan yang besar terhadap Amyza dan Adrian.
Satu tabung juga telah pun dibuka oleh Datuk Aznil Hj Nawawi sebelum ini bagi membantu kewangan Amyza untuk merawat penyakit Adrian itu. Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Hlive, telah dikongsikan berita terkini mengenai Adrian.
Menerusi perbualan suara yang dipaparkan, Amyza memaklumkan Adrian baru sahaja selesai menjalani prosedur rawatan utama yang paling besar semalam. Prosedur ini menggunakan kaedah mencucuk jarum yang paling halus terus ke bahagian tumor Adrian.

Keseluruhan suntikan adalah 10 suntikan. Amyza turut menyatakan besar harapannya untuk melihat kesan yang besar dari rawatan ini kerana kosnya juga besar. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, namun Amyza serta Adrian tabah mengharungi ujian Allah itu.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan menonton video seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Syfakallah anakanda Adrian… Semoga ALLAH makbulkan setiap doa² yg di pohon, dipermudahkan urusan rawatan nya, di matikan sel² nya & di beri kesembuhan sepenuhnya. Allahumma Ya Fattah Ya Salam Ya Mumit.. “
” Ujian dia dah tentu…kuatnya seorang hamba Allah melalui smpi 2x.. sungguh moga Allah gantikan ganjaran syurga utk mak & anaknya serta ahli keluarga yg sentiasa tabah.. “
” Semoga cpt sembuh buat ank amyza.semoga ada keajaiban buat Adrian.. Allah angkat sakit Adrian.. “
” Semoga diberikan kesihatan dan kesembuhan seperti sedia kala, Amin YaAllah… harap Adrian dapat hidup sihat selepas ni.. “
” Syakallah semoga dikurniakan kesembuhan utk adik adrian. amin.. semoga ada rezeki kesembuhan untuk Adrian dan kembali macam sebelum ni.. “
” Ujian dari Allah swt. Moga dilimpahi ganjaran atas ujian hebat ini.. Moga lekas sembuh. Aamiin yra.. ”
” Allah is the best planner.. Syafakallah in shaa Allah tiada yg mustahil dgn IZIN Allah taala. semoga diberikan kesembuhan.. “
Amyza mengharapkan agar kesan dari rawatan ini akan dapat dilihat dengan cepat dan perubahan yang besar kerana kosnya melibatkan bukan seribu dua ringgit tetapi berbelas ribu. Semoga Allah berikan kesembuhan untuk Adrian dan rawatan yang dijalaninya ini berjaya mematikan tumor yang sedang merebak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Official Hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

