Connect with us

Artis / Selebriti

” Yang ditunggu-tunggu. Sedapnya suara Adrian, menjiwai betul.. ” – Komen Netizen

Amyza Aznan kongsi video anaknya, Adrian Adam sedang berlatih menyanyi dengan Danial Chuer raih perhatian ramai. Sedapnya suara Adrian. Part tarik masa menyanyi lagu Ernie, Ku Bersuara tu meremang dengar..

Baru-baru ini, pelakon Amyza Aznan berkongsi berita gembira apabila anaknya, Adrian Adam, dikatakan menerima tawaran untuk menghasilkan sebuah lagu baru hanya kira-kira 30 minit selepas selesai membuat persembahan istimewa pada konsert minggu kelima program Talk To My Manager 2 (TTMM2).

Terbaru, menerusi akaun Instagram milik Amyza, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Adrian sedang menjalani sesi latihan nyanyian. Video tersebut memperlihatkan kesungguhan Adrian dalam mengasah bakat dan mempersiapkan diri bagi memberikan persembahan terbaik pada masa akan datang.

Apa yang lebih mencuri perhatian, Adrian tidak berlatih bersendirian. Sebaliknya, dia ditemani oleh penyanyi dan komposer muda, Danial Chuer yang turut sama membantu serta memberikan tunjuk ajar sepanjang sesi latihan tersebut. Kehadiran Danial dilihat sedikit sebanyak memberi semangat kepada Adrian untuk terus meningkatkan kemampuannya dalam bidang nyanyian.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, Adrian menyanyikan lagu Ernie Zakri, Ku Bersuara dan lagu Cinta, nyanyian asal Kris Dayanti dan Melly Goeslow. Walaupun berdepan dengan cabaran kesihatan, semangat yang ditunjukkan oleh anak muda itu berjaya menyentuh hati ramai yang menonton video berkenaan.

Tonton perkongsian video di bawah ini :

Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian video ini, ramai yang turut menitipkan doa untuk kesihatan Adrian. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Yg di tunggu2.. Sedapnya suara Adrian.. Semoga Allah angkat segala kesakitan Adrian dan beri kesembuhan padanya.. Amin.. “

” Ya Allah… Panjangkan umurnya, Sembuhkan dia..Berikanlah kekuatan kepadanya… Aamiin Ya Rabb Ya Mujib.. “

” Menjiwai betul..  Semoga yg baik2 Allah takdirkan pada Andrian. Kembali sihat seperti sedia kala.. Aamiin.. “

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian warga maya yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai kata-kata positif. Ramai yang memuji peningkatan vokal Adrian dan menyifatkan Adrian memiliki bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Malah, tidak kurang juga yang meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan serta ketabahannya dalam mengejar impian.

Selain memberikan pujian, ramai warganet turut menitipkan doa agar Adrian terus diberikan kekuatan dan kesembuhan serta berharap agar anak kepada Amyza itu sentiasa dipermudahkan segala urusan serta diberikan kesihatan yang baik selepas disahkan menghidap kanser tulang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG amyzaaznankaaia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak