Connect with us

Artis / Selebriti

” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Elly Mazlein ketika suaminya, Cikgu Azlan bertanyakan menu yang hendak dimasak buat ramai terhibur. Amboi, boleh pulak Kak Lina menari ala Michael Jackson sambil bagitahu menu. Masuk air betul lah Kak Lina. Berdekah Cikgu Azlan gelak, haha..

Sebut sahaja nama Elly Mazlein, pasti ramai yang akan terbayangkan telatahnya yang bersahaja dan mencuit hati. Bukan itu sahaja, setiap perkongsian yang dimuatnaik oleh Elly sering menghiburkan warganet sehingga membuatkan ramai tidak kering gusi ketawa dengan gelagat spontannya.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Elly, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Elly sedang mengemas rumah. Apa yang lebih menarik, rakaman tersebut dibuat sendiri oleh suaminya, Cikgu Azlan yang mesra dipanggil Papa oleh Elly.

Menerusi video berkenaan, kedengaran suara Cikgu Azlan bertanyakan kepada Elly mengenai menu yang akan dimasak pada hari tersebut. Soalan ringkas itu bagaimanapun bertukar menjadi momen yang mencuit hati apabila Elly memberikan jawapan dengan caranya yang tersendiri.

Kelihatan Elly menjawab pertanyaan suaminya sambil menari dan membuat pergerakan yang mengingatkan ramai kepada gaya legenda pop dunia, Michael Jackson. Gelagatnya yang spontan dan bersahaja itu membuatkan suasana di rumah bertambah ceria serta menghiburkan.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Hahahahah adeiiiii mmg terpaling no syatuuuuu.. Penari lain … Maaf ckp semua terpelanting ke planet pluto.. “

” Kdg kala sebuah perkahwinan itu bukan hanya sekadar cinta, melayan karenah org yg kita syg juga buat hari2 kita rasa bhagia dan ceria… Mama mmg lucu.. Lock no syatu.. “

” Gatainya suara peminat nampak sangat dia minat awak artis .. hati2 tauu peminat sekarang bahaya.. sedar2 dia angkut kawen siammm

” Mama kelakar la mama oiii, mama no syatu.. Tengok skali tak ckup la, bekali2 ulang pun nak gelak lagi.. “

” Kak Lina, sat lagi saya nak buat macam ni lah, agak2 tok laki baca yassin tepi telinga dak hahahaha.. “

” Bukan setakat laki dia terhibur. Dgn aku2 skli gelak kak lina oiii.. Masuk air betul kepom ni, ceria selalu dia, haha.. “

” Eh2 geram pula kita tengok, hahahahaha penat tau gelak.. Bukan je papa, kita pun rasa kak lina terpaling no syatu kelakar.. “

Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang terhibur melihat telatah Elly yang sentiasa menceriakan hari orang lain dengan personalitinya yang unik. Tidak hairanlah mengapa setiap perkongsiannya sentiasa dinantikan oleh peminat yang gemar melihat sisi lucu dan menghiburkan dirinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG iamellymazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak