Connect with us

Artis / Selebriti

” Wah macam shopping complex. Barang lagi banyak dari dekat butik.. ” – Komen Netizen

Video Dato’ Seri Vida membawa Datuk Fazley house tour rumahnya raih perhatian warganet. Fuh part bilik DS Vida tu punya lah besar. Penuh dengan koleksi barang berjenama, kalah butik mewah shopping mall.. 

Kekayaan yang dimiliki oleh usahawan bertaraf jutawan, Dato’ Seri Vida tidak dapat dinafikan. DS Vida memiliki empayar perniagaan yang sudah berpuluh tahun dibina serta rumah kediaman yang cukup luas dan serba mewah dekorasi luaran dan dalamannya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Quputehdsv.brunei dan datoserividainfinityrich, telah dikongsikan reaksi Datuk Fazley Yaakob ketika DS Vida membawanya house tour seluruh rumah kediamannya yang bertempat di Ipoh, Perak. Rumah DS Vida dilengkapi dengan lift dan gym di dalamnya.

Rumah DS Vida yang bertingkat-tingkat ini dibahagikan mengikut bahagiannya dan ada ruang beranda luas di tingkat paling atas. DS Vida juga membawa Datuk Fazley dan anak lelakinya melihat sendiri bilik khas DS Vida yang besar dan tersusun cantik.

Koleksi beg tangan berjenama seperti Dior dapat dilihat di atas rak yang ada. Beg dari size kecil sehingga lah besar dengan rekaan yang unik memenuhi ruangan bilik seakan sebuah butik. Banyak juga koleksi limited edition yang dimiliki oleh DS Vida.

Jom tonton video di bawah :

@quputehdsv.brunei

orang kalau masuk bilik saya mesti diorang x percya,,diorang akan cakap..bilik dah macam mall🤣#bruneidarussalam #masukberandafyp #datoserivida #fypシ゚ #didalavida

♬ original sound – QuputehDSV_Brunei – QuputehDSV_Brunei

@datoserividainfinityrich

bawak dida jalan2 tengok dalam rumah..lepas ni x sesat dah😝#datoserividafyp #masukberandafyp #quputehbarulahputeh #fypシ゚viral🖤tiktok #didalavida

♬ suara asli – Youtube : Guitar Intensive – Guitar Intensive

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet adalah :

” Kalau ini mak aku. aku shopping dlm bilik mak aku je la haha.. Ni bilik kebal ni .. barang lg banyak dr kt butik.. “

” Org tersayang je boleh masuk ke situ.. dah terbukti.. Asmara ini yg hanyut kan kitaaa…wahh mcm shoping complek.. lawa….sedekah lah 1 bag kat kami2 ni.. “

” Bilik dia lg bsar dr umah aku.. masya Allah dato. banyaknya kalah mall camni. ada beg nak letgo tak dato.. “

” Marilah kita berdoa dsv terbuka hati nak sedekah handbag utk kita2.. ahahaha mne la tahu kannn.. “

” xsabarnya tgk dato berdua naik pelamin. rumah DSV bukan sebuah tapi beberapa buah rumah dalam taman yang sama. Sebab tu kena ambil masa untuk “house tour”.. “

” Dida cari pasangan hidup berteman & ibu utk anak2nya. In Sya Allah boleh take care DSV & the 2 family unite.. “

Bukan main besar lagi bilik DS Vida, penuh dengan barangan mewah yang seperti butik di shopping mall. Boleh rambang mata sesiapa sahaja yang melihat koleksi beg dan barangan DS Vida itu. Apa-apa pun, semoga Allah murahkan selalu rezeki DS Vida dan berbahagia selalu bersama orang tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok QuputehDSV_Brunei, Tiktok Datoserividainfinityrich

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Mossdoom

Trending

Copyright © Berita Kopak