Artis / Selebriti
” Jangan lah malu saya, saya malu lah.. ” – Ammar Ahyan
Video Ammar Ahyan malu-malu terima duit daripada Dato’ Seri Vida buat ramai terhibur. Berdekah gelak dengar apa yang Amayan cakap tu, spontan betul..
Meninjau di akaun Instagram milik quputehtomatohq, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida berkongsi rezeki dengan memberikan duit kepada beberapa orang kanak-kanak. Suasana yang dirakam dalam video tersebut kelihatan cukup meriah dan menceriakan.
Turut kelihatan berada di lokasi ketika itu ialah anak sulung kepada Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan. Kehadiran Ammar dalam video tersebut mencuri perhatian ramai kerana sikapnya yang sopan dan merendah diri ketika berinteraksi dengan DS Vida.
Apa yang menarik, DS Vida turut menghulurkan sejumlah wang kepada Ammar. Namun begitu, Ammar pada awalnya menolak pemberian tersebut dengan penuh tertib sambil menyatakan bahawa dia berasa malu untuk menerimanya. Reaksi spontan Ammar itu membuatkan ramai kagum dengan adab yang ditunjukkannya.

Menerusi video berkenaan, kelihatan DS Vida bersungguh-sungguh memujuk Ammar agar menerima pemberiannya. Lebih istimewa lagi, wang yang diberikan itu merupakan mata wang dollar Brunei dan menjadikan momen tersebut lebih unik dan menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
@quputehtomatohq Semoga Dsv hidup selamanya🤣 #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukfyp #ammarahyan #dsv
♬ original sound – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO – EMPAYAR DATO SERI VIDA BORNEO
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Dato Vida suka bersedekah semoga hidup dia Dan anak2 Allah permudahkan amin2.. Amyan ni memang kelakar, hehe haha..”
” Dulu kini dan selamanya ini la sikap DSV yg kami tahu .. Sedap dengar Datuk Vida panggil nama amayan. Wahh amayan dapat dollor brunei tu.. “
” Amayannnnnn, hahahahahaha berdekah tau dengar apa yang Amayan cakap tu, hehehe.. Selamanya yer.. “
Selepas dipujuk beberapa kali, Ammar akhirnya akur dan menerima pemberian tersebut dengan hati yang terbuka. Sebagai tanda penghargaan, dia turut menitipkan doa yang baik buat DS Vida atas kemurahan hati dan kebaikan yang ditunjukkan.

Namun, doa yang diucapkan Ammar itu benar-benar mencuit hati ramai. Mana tidaknya, Ammar secara spontan mendoakan semoga DS Vida hidup selamany. Ucapan yang polos dan ikhlas itu membuatkan ramai warganet terhibur. Ruangan komen turut dibanjiri pelbagai reaksi lucu daripada netizen yang tidak dapat menahan ketawa mendengar kata-katanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok quputehtomatohq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

