Connect with us

Artis / Selebriti

” I depress sangat, i macam dah tak nak hidup dah.. ” – Amanda

Sering dilabel malas bekerja, anak Norish Karman, Amanda akhirnya tampil memberikan penjelasan. Sebaknya dengar luahan Amanda, sedih tengok Amanda menangis sambil bercerita..

Meninjau di akaun Instagram milik myaudioplus, telah dikongsikan sedutan podcast yang menampilkan anak perempuan kepada pelakon terkenal, Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda. Menerusi perkongsian tersebut, Amanda tampil berkongsi mengenai persepsi segelintir pihak yang sering melabel dirinya sebagai seorang yang malas dan tidak mahu bekerja untuk membantu ibunya.

Menerusi sesi temubual itu, Amanda menjelaskan bahawa dia sebenarnya telah lama menyimpan hasrat untuk bekerja demi membantu meringankan beban kewangan keluarga. Namun, menurut Amanda, keinginannya itu pernah menjadi punca perselisihan faham antara dirinya dan ibunya kerana terdapat beberapa perkara yang menyebabkan hasrat tersebut sukar direalisasikan ketika itu.

Amanda turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah berdiam diri atau hanya bergantung kepada ibunya semata-mata. Malah, sebelum ini dia pernah menjual beberapa barangan peribadinya bagi membantu menampung perbelanjaan kehidupan mereka sekeluarga. Pengorbanan tersebut dilakukan secara senyap tanpa diketahui ramai.

Apa yang lebih menyentuh hati, Amanda tidak dapat menahan air mata ketika menceritakan pengalaman berdepan dengan pelbagai kecaman dan tanggapan negatif daripada orang ramai. Katanya, kata-kata yang dilemparkan kepadanya sedikit sebanyak memberi kesan kepada emosinya, apatah lagi apabila dirinya dituduh tanpa mengetahui keadaan sebenar yang dihadapinya.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ujian setiap org berbeza2.. moga dipermudhkn..Takut nk mnghina.. Hari ini hari dia ujian dia… Esok lusa Allah uji kite enth lg teruk. .”

” Doa yg baik2 dtg yg baik2.. Kesabran kekuatan seseorg menempuhi uijan tu x akn pnh sama .Thp kesabran seseorg pun tak akn sama.. “

” InyaAllah muda lg..  Kedpnnya pasti akn lbih baik bg org yg sabar.. Moga yg baik2 je utk amadan dan keluarga.. Kesian.. Be strong adik.. “

Selain itu, Amanda turut mengakui bahawa tekanan yang diterimanya telah menyebabkan dia mengalami tekanan perasaan. Amanda turut berasa sedih dan terkilan apabila usahanya selama ini tidak dilihat, sebaliknya terus dihukum dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

Di penghujung perkongsian, Amanda meluahkan harapan dan impiannya untuk menjadi seorang anak yang berjaya. Dia menyatakan keinginan yang begitu besar untuk membantu ibunya serta membalas segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh Norish Karman sepanjang membesarkannya. Amanda juga berharap suatu hari nanti dia mampu menghadiahkan apa sahaja yang diinginkan ibunya, sama seperti yang dilakukan oleh anak-anak lain terhadap ibu bapa mereka

Silakan SHARE..

Sumber : IG myaudioplus

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak