Artis / Selebriti
” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
Maryam You Narae kongsi perkembangan terbaru anak keduanya, Nik You Rian yang dibawa ke hospital kerana tidak sedarkan diri semalam buat ramai tersentuh. Ini keadaan terkini Rian sekarang..
Semalam, pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim telah berkongsi video detik cemas berkejar ke hospital membawa anak lelakinya, Nik You Rian yang terjatuh dari katil sehingga menyebabkan kanak-kanak itu tidak sedarkan diri. Situasi tersebut mencetuskan kebimbangan ramai yang mengikuti perkembangan keluarga berkenaan di media sosial.
Apa yang lebih meruntun hati adalah reaksi isterinya, Maryam yang kelihatan berkali-kali menggerakkan Rian dalam usaha memastikan anaknya itu kembali sedar ketika mereka sedang dalam perjalanan menuju ke hospital. Momen tersebut turut membuatkan ramai netizen berasa sebak dan mendoakan agar Rian segera pulih.
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya, Maryam telah memaklumkan perkembangan terkini mengenai keadaan Rian selepas menerima rawatan di hospital. Menerusi hantarannya itu, Maryam mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat serta tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan anaknya.

Menurut Maryam lagi, doktor telah menasihatkan agar keadaan Rian dipantau selama 48 jam bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang berlaku. Syukur, keadaan Rian kini semakin baik dan kembali aktif seperti biasa. Malah, selera makan dan minumnya juga tidak menunjukkan sebarang perubahan yang membimbangkan.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan warganet juga turut menitipkan doa buat Rian. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
“Alhamdulillah… Sayang Rian.. Semoga Rian sentiasa dalam lindungan Allah. Aunty love you so much Rian.. “
” Rian tlg aaaa jatuh gugur jantung ni oiii tgk omma teriak panggil Rian bgn. Jgn mcm niii 1 Malaysia omma nii nangis terok smlm, syukur ya Allah anak takada apa2 ya Allah.. “
” Suka2 je tiktok terus nampak video maryam menjerit ngan kita sekali nangis sbb takutt & pernah alami situasi sama.. Alhamdulillah lega sgt tgk baby rian baik2 saja.. Semoga Allah sentiasa lindungi keluarga maryam.. Aamiin3.. “
” Alhamdulillah. Good to hear he is doing well. My heart also sank seeing you shouting his name n he just keep silent.. “
” Take care Maryam… At this age mesti be alert all the time. He is a boy. Active sikit kot. After my daughter fell… We all just sleep with a mattress on the floor.. “
” Lepas dh terhantuk dan pass out seketika pon still tak mau sebut “Omma”.. Aigooooooo banyak akal betul Rian niii.. Tp bab duit laju lak dia tak payah tanya terus minta.. “
” Alhamdulillah syukur. Bukan maryam saja yg belajar tapi kita semua pun belajar dr situasi ni. Semua disini doakan Rian. InsyaAllah.. “
Dalam masa yang sama, Maryam turut meluahkan perasaannya mengenai kejadian yang berlaku. Sebagai seorang ibu, sudah tentu dia berasa sangat risau dan cemas melihat keadaan anaknya ketika itu. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang turut bersimpati serta mendoakan agar Rian terus diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

