Artis / Selebriti
” Pembersih nau hidup dia tu. Dia rasa dia pembersih, tapi hati dia kotor, busuk.. ” – Que Haidar
Dilabel pengotor kerana mencungkil gigi ketika sedang live, respon Que Haidar raih perhatian ramai. Padu betul kata-kata Abang Jamil, kan dah kena yang komen negatif tu..
Meninjau di akaun Instagram milik xtra_my, telah dikongsikan video yang memaparkan pelakon terkenal, Que Haidar tampil menegur sikap segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif ketika dia sedang membuat siaran langsung di akaun TikTok.
Menerusi video tersebut, Que pada awalnya sedang mencungkil gigi ketika bersiaran langsung. Namun, tindakannya itu mengundang komen daripada seorang netizen yang melabelkannya sebagai seorang yang pengotor. Teguran tersebut kemudiannya mendorong Que untuk berkongsi pandangan tentang cara masyarakat berinteraksi di platform digital.
Menurut Que, setiap individu sememangnya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Namun begitu, kebebasan bersuara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung atau menjatuhkan maruah orang lain.

Tambah Que lagi, sekiranya seseorang tidak mempunyai perkara yang baik untuk diperkatakan, adalah lebih baik untuk memilih berdiam diri daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengguris hati orang lain. Baginya, tidak semua perkara perlu dikongsikan atau dikomentari secara terbuka.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan teguran Que tersebut. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Eloklah, biar ada akal…. dari mlm tadi lagi, tak yah mute, block terus jer, nak tanya pasal org lain, gi lah masuk live org tu.. “
” Haaaaa bila ketua dah bersuara.. Tak pasal2 semua orang tahu nama akaun budak tu, hahahahha.. Cari pasal lagi.. Bagus Abang Que.. “
” Yess.. Sujuu.. tktahu nk cakap ape better diam je.. Elok pun King sound terus. Melampau2 diorang ni. Takde adab.
” Haaa mana yg hati kotor asyik duk cari salah org tuuu kangg abg que dah tegur ni.. Hahhaha terbaik lah abg que.. “
” Kalau tak ada benda baik nak komen, duduk diam2.. Tangan tu jangan gatal menaip bukan2, hehehee.. “
” Lawak lahhhh, hahahaha.. Mantap lah bang.. Penat ketawa dengar apa yang Que cakap tu.. Kan dah kena setempek.. “
” Betul lah tu, masuk2 live orang, terus kutuk orang.. Entah apa2 lah orang sekarang ni, pelik2 aneh2 betul perangai.. “
Perkongsian Que itu mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang bersetuju dengan pandangan yang dikemukakannya serta menyifatkan nasihat tersebut sebagai peringatan yang baik agar masyarakat lebih berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG xtra_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq

