Artis / Selebriti
” Awak ni dah pekak, rabun pulak ke, haha.. ” – Que Haidar
Video telatah Que Haidar dan Fazura bergurau ketika sedang live undang tawa warganet. Part Que cakap biar rabun sama-sama tu kelakar sangat. Siap buang spek mata, berdekah Fazura gelak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik aku.mj001, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan pelakon Que Haidar dan Nur Fazura mengadakan sesi siaran langsung bersama para peminat sambil mempromosikan produk keluaran mereka.
Menerusi salah satu video yang dikongsikan, Fazura dilihat sedang membaca komen daripada seorang penonton yang mengikuti siaran langsung mereka. Namun, berlaku sedikit salah faham apabila Fazura tersilap membaca komen tersebut dan menyangka ia tertulis sebagai “manja aku datang”. Kesilapan kecil itu terus mencetuskan suasana yang mencuit hati sepanjang sesi siaran langsung berkenaan.
Melihat situasi itu, Que Haidar secara spontan mengusik Fazura dengan mengatakan bahawa Faz bukan sahaja “pekak”, malah “rabun”. Kata-kata seloroh Que itu membuatkan Fazura seolah-olah merajuk seketika. Bagaimanapun, Que segera memohon maaf sambil ketawa, sebelum kedua-duanya sama-sama berdekah gelak dengan insiden lucu yang berlaku. Keakraban mereka jelas terserlah menerusi gurauan yang dilakukan tanpa sebarang rasa berkecil hati.

Menurut Que, perkataan sebenar yang ditulis oleh penonton itu ialah “manjoi”, iaitu satu perkataan daripada loghat masyarakat Perak yang mungkin kurang difahami oleh sesetengah orang. Selain itu, video kedua yang turut dimuatnaik memaparkan Que dan Fazura terus saling mengusik antara satu sama lain. Gelagat spontan mereka berjaya menghidupkan suasana siaran langsung sehingga membuatkan ramai penonton tidak kering gusi.
Tonton video-video di bawah ini :
@aku.mj001
@aku.mj001
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Omg this so funny. like their joke match each other. Its different vibe than previous one yg hambar since faz je yg selalu gurau and melawak.. “
” Awk ni dah pekak, rabun pulak” haha aku tak tau bape kali aku ulang.. Random btul lah org tua bercinta ni lagi sweet rupanya.. “
” Que ni funny.. Blh mnceriakan Faz.. Mmg sepadan depa dua mmg jns funny.. Saya percaya jika betul jodoh mereka, mereka akan protect each other.. “
” Que ni cute tau.. He’s being himself kadang lawak nya kasar but cepat2 dia ckap saya mintak maaf..harap Faz lama2 da immune dgn perangai Que yg penting Que kena cepat pujuk Faz.. “
” Klakar la time faz amik spek q kt bawah tu hahajahhahahaha.. Faz cemburu tu bila ada komen “manja aku dtg.. “
” Kita sama-sama rabun, skrg kita sama-sama bonggok.. Kelakar betul lah dua2 ni, berdekah tengok live dia orang semalam, haha.. “
” Faz rupanya seorang yg funny Dan happy go lucky… Tapi harapnya selalu minta maaf sebelum tidur ye .. “
Ramai yang menyifatkan kedua-duanya memiliki keserasian yang semula jadi dan menganggap gurauan mereka sebagai hiburan yang menceriakan suasana. Tidak kurang juga yang berharap agar Que dan Fazura lebih kerap tampil bersama dalam sesi siaran langsung kerana telatah mereka sentiasa mengundang gelak tawa.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok aku.mj001
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah first time dapat tengok Abbas. Handsome boy lah Abbas ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Barulah boleh fikir nak ikat bunga telur.. ” – Mama YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perancangan perkahwinan lebih tenang, boleh dipercepatkan sebelum.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yeayyy, finally boleh kawin dah. We are happy for you, Bella and the kids.. ” – Komen Netizen

