Artis / Selebriti
” Cinta yang sederhana tu bila saling ingat.. ” – Nur Fazura
Video sweet Nur Fazura bersama Que Haidar buat ramai yang cair. Amboi Que, tak lepas pandang muka Fazura. Ni memang sweet tahap potong kaki. Dah macam suami isteri lah, yang tengok pun boleh blushing..
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik pelakon Nur Fazura, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan babak sweet Fazura bersama pelakon Que Haidar. Menerusi perkongsian tersebut, Fazura turut menulis kapsyen manis yang berjaya mencuri perhatian ramai. Lakonan mereka sebagai pasangan suami isteri dalam video itu juga dilihat cukup serasi sehingga membuatkan ramai warganet menyukainya.
Kata-kata yang ditulis oleh Fazura di ruang kapsyen berkenaan turut meraih perhatian ramai. Walaupun video tersebut hanyalah sebahagian daripada promosi produk hasil kerjasama Fazura dan Que, para peminat tetap menyukai gandingan mereka dan mengakui kedua-duanya mempunyai chemistry yang sangat kuat di hadapan kamera.
Bukan itu sahaja, ruangan komen turut dipenuhi dengan pelbagai usikan yang mencuit hati daripada warganet. Ada yang berseloroh mengatakan sambal yang bakal dijual oleh pasangan ini merupakan “sambal cinta” kerana melihat kemesraan dan keserasian mereka sepanjang video tersebut.

Untuk rekod, sebelum ini gandingan Fazura dan Que ketika mempromosikan pakaian daripada Jakel juga pernah mencetuskan fenomena tersendiri. Ramai yang memuji keserasian mereka dan tidak kurang juga yang berharap agar mereka dapat digandingkan lagi dalam mana-mana drama atau kempen selepas ini.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak sedar eh sekejap tadi rupa nya aku naik ke bulan sambil tersengeh nonton video ni. Melayang2 sweet sangat.. Bukan video mr.bean pun tapi kita senyum gelak sorg2.. “
” Apa ni kak long Faz, abang Leman ? Sambal cinta ke ni ? Eh sambal kawin. Anak saya tanya ada sambungan lagi tak mummy ? Adoiii.. “
” Bila pelakon hebat bergabung, tiada yang lebih dan tiada yg kurang. Secukup rasa. Dan itulah yang menjadikan karya ini luar biasa.. “
” Duuiiii sy lupa nak bernafas spjg video..nsib baik tak biru muka.. alolololooo sweetnye korg.. Chemistry is chemistry-ing, yg manis manis sahaja.. “
” Sukanyaa tengok dua2 nie deep masuk smpi ke laut dalam.. bila dua anak seni dengan bakat besar jatuh cinta. Haishhhhh.. Apa ni, apa ni, kenapa sweet sangat… senyum2 kita dibuatnya.. “
” Que tak lepas pandang, macamtu kita pulak yg malu. Mesti faz pun habis tahan kan. Power. Kalau masa live jenuh sorok muka masing².. Kenapa saya yg tersipu sipu.. “
” Ni baru sambal yang kawen aku dah tersengih kembang, belum diorg yang kawen eh kbye.. Jap Jap semut banyakkk.. Tak nampak jap japppp.. “
Apa-apa pun, para peminat pastinya hanya mendoakan yang terbaik buat Fazura dan Que. Jika benar ada jodoh antara mereka, pastinya segala-galanya akan dipermudahkan. Yang penting, hubungan baik serta kerjasama yang terjalin ini sudah cukup menggembirakan hati para peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG missfazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

