Connect with us

Artis / Selebriti

” Ibu mana yang tidak sedih. Sebab itu pilihan dia, saya sebagai mak.. ” – Siti Saerah

Video luahan Siti Saerah mengenai keputusan anaknya, Ahmad Dayyan untuk menetap bersama bapanya buat warganet tersentuh. Ibu mana yang tak sayangkan anak, sebak dengar kata-kata Saerah..

Meninjau di akaun Instagram milik mediahiburanofficial, telah dikongsikan temubual bersama penyanyi, Siti Saerah. Menerusi video itu, Saerah berkongsi luahan rasa hatinya mengenai anak keduanya, Ahmad Dayyan atau lebih mesra disapa Amad memilih mahu menetap bersama bapanya serta meneruskan persekolahan di Kuantan, Pahang.

Menurut Saerah, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk diterima sebagai seorang ibu. Namun, dia memahami bahawa anak yang semakin meningkat remaja mempunyai pandangan dan keinginan tersendiri dalam menentukan hala tuju kehidupan mereka.

Walaupun berat hati untuk berjauhan dengan Amad yang kini berusia 14 tahun, Saerah menegaskan bahawa dia tidak pernah berniat menghalang pilihan yang dibuat oleh anaknya itu. Baginya, kebahagiaan dan masa depan Amad tetap menjadi keutamaan.

Dalam pada itu, Saerah mengakui dia berasa sangat sedih apabila terpaksa berjauhan dengan Amad sehingga ada kalanya sukar untuk melelapkan mata. Namun begitu, dia tetap menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka demi menghormati pilihan anaknya.

Tonton video di bawah ini :

Di  ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Tak pe lah… Dibawah Jagaan ayah dia jugak,bukan org lain… Redho doa baik² utk kebaikkan sama2 ya.. Hubungan sampai bila² tak kan putus.. “

” Doa yg baik2 buat semua nya… Semoga ibu kuat.. Kuantan -kl tak jauh pun.. Insyallah semuanya akan baik2 saja.. “

” Amad dh besar duduk dgn sapa pun tak kisah lh tp hubungan tetap mak tak putus cuma duk berasing ja.. Bukannya duk dgn ayah terus xbalik2 jumpa mak… Time rindu dtg ja la jiumpa maknya kannn… Positif lh.. “

” Elok jugak tu… Kalau dia duduk kL banyak show… Tambahan dia sekolah lagi… Biarkan dia habiskan belajar sampai SPM.. “

” Ni lah yg ku hadap skrg.. 10thun aku besarkan anak.. My son buat pilihan utk stay ngn ayah dia jgk.. Aku akur dgn kputusan .. Sbb dia jgk berhak utk dpat kasih syg ayah nya.. “

” Ayahnyer nak anaknyer fokus kat akedemik dulu tp dlm pd masa yg Sama tak tolak klu Ada undangan prsembahan bersesuaian masa. Ok lah Tu kan.. “

” Cuti sekolah boleh balik rumah emak, yg penting ikatan Kasih sayang sentiasa erat biar pun berjauhan dgn ibu nya.. “

Saerah turut berharap keputusan yang dibuat oleh Amad akan memberikan pengalaman dan peluang terbaik untuk dirinya berkembang sebagai seorang anak serta pelajar. Pada masa sama, Saerah sentiasa mendoakan agar hubungan mereka sebagai ibu dan anak terus erat walaupun dipisahkan oleh jarak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG mediahiburanofficial, sitinursairahtarudin

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Kitsui

Trending

Copyright © Berita Kopak