Artis / Selebriti
” Hang kerah anak tu bekerja sampai setengah mampuih. Memang lah pak dia ambik balik.. ” – Komen Netizen
Terima komen kecaman daripada netizen, ini respon Siti Saerah sendiri. Amboi, bukan main sedap lagi mengata orang, memang patut lah Saerah bengang. Dah lah individu yang sama suka kecam artis lain juga..
Baru-baru ini, penyanyi Siti Saerah berkongsi luahan hatinya mengenai anak keduanya, Ahmad Dayyan atau lebih mesra disapa Amad yang memilih untuk menetap bersama bapanya serta meneruskan persekolahan di Kuantan, Pahang. Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang mengikuti perkembangan keluarga penyanyi itu di media sosial.
Keputusan yang dibuat oleh Amad sebelum ini turut mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ada yang bersimpati dengan situasi yang dilalui oleh Saerah, manakala ada juga yang memberikan pandangan masing-masing mengenai perkara tersebut.
Terbaru, Saerah tampil berkongsi beberapa tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh seorang individu di media sosial. Individu berkenaan didakwa membuat tuduhan bahawa Saerah merupakan seorang ibu yang gemar mengerah tenaga anaknya untuk bekerja sehingga menyebabkan Amad diambil semula oleh bapa kandungnya.

Tidak berdiam diri, Saerah menjelaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan disifatkan sebagai keterlaluan. Menurutnya, individu yang sama juga sering meninggalkan komen berbaur negatif terhadap orang lain dan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pengguna media sosial.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan dalam masa yang sama ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Saerah. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bior jer Saerah ,buang masa layan orang mcm tu…. Erah dah buat yang terbaik for both of them Umai and Amad.. “
” KK.. Haters nie juga yg dok meratap, meratib petik Bella kt threads mcmtu juga siap menyindir bt novel psl tokti.. Tu geng2 dia Elia.. “
” Saman je kak, bagi pengajaran buat dia dan yang lain, bebas bersuara bukan bermaksud bebas naak sakitkan hati orang sesuka hati.. “
” Pelik kan kadang2 natezen ni lebih tahu segala bnd hal hujung rambut-hujung kaki kehidupan org lain… Pdhl takde apa2 pun…. Sejenis Ambil sana sikit .. Sini sikit terus jadi cerita yang tak betul.. “
” I think you should ignore. Sebab orang Yang Fitnah ITU Kasi you pahala free aje .. Biar Kan … Biasa lah lumrah manusia mesti Ada aje nak menyibuk Jaga hal orang.. “
” Kak abai Kan… Dorg tak Kasi pun beras, ayam, lauk kat rumah akak… Mulut manusia.. suka hati dorg nak sembang ape .. yg tahu Kita.. yg beranak kite… Yg sakit ape semua kite… Yg mengata Tu Ada Kasi ape2 Ker tambah dosa jer.. “
” Ni dah merosakkan reputasi orang yang ditabur fitnah. Saman fitnah dia ni. Saman je boleh buat dia tau langit tinggi rendah. Bukti dah ada.. “
Perkongsian Saerah itu kemudiannya mendapat perhatian warganet yang rata-ratanya tampil memberikan kata-kata sokongan buat dirinya. Ramai berpendapat bahawa netizen tidak seharusnya membuat tuduhan tanpa mengetahui perkara sebenar, selain berharap agar urusan Saerah dan keluarganya sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitinursairahtarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

