Artis / Selebriti
” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
MUA kongsi gambar hasil solekan wajah anak perempuan Nasir Bilal Khan untuk majlis pertunangannya buat ramai terpesona. Alahai, cantik manis sungguh anak Tok Adi. Part hidung mancung tu yang mahal..
Majlis pertunangan anak kepada pelakon veteran, Nasir Bilal Khan menjadi perhatian ramai selepas beberapa gambar daripada acara tersebut tular di media sosial. Perkongsian itu dimuat naik oleh jurusolek, Nurul Amaliena di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, bakal pengantin tampil anggun dalam persalinan berwarna krim yang menyerlahkan penampilannya yang sopan dan elegan. Solekan natural yang dikenakan turut melengkapkan seri wajahnya dan ianya juga menambahkan lagi pesona pada hari istimewa tersebut.
Selain suasana majlis yang sederhana tetapi meriah, wajah anak perempuan Nasir Bilal Khan turut menjadi perbualan ramai. Ramai yang mengakui terpikat dengan kecantikan semulajadinya yang dianggap tidak keterlaluan dan menyerlahkan aura tersendiri.

Bukan itu sahaja, warganet juga memuji raut wajah bakal pengantin yang manis dan menenangkan. Ada juga yang menyifatkan kecantikannya sebagai sesuatu yang asli dan memikat, membuatkan ramai tidak jemu melihat gambar-gambar yang dikongsikan.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok antiknya. Moga d permudahkan urusan hinga ke jinjing pelamin
“Cantiknyaaaa anak dia.. Ikut ayah dia.. Nie lah orang tua2 kata.. Naik seri pengantin walaupun baru bertunang.. “
” Sekali tengok macam Amera Khan adik Neelofa.. Pertama kali tengok keluarga Nasir Bial Khan.. Cantik anak dia.. “
” Alhamdulillah, selamat bertunang puteri En Nasir Bilal Kha.. Dalam diam2 dia ada anak yang secantiknya.. Masyaallah.. “
” Wehhh cantik sangat.. Terpegun tengok kecantikan dia.. Tahniah2.. Semoga hubungan ini akan ke jinjang pelamin.. “
” Memang cantik anak dia.. Tahniah.. Berseri2 lah wajah dia. Hidung tu mancung betul ikut Nasir Bilal Khan ler.. “
” Manisnya muka dia. Wife Nasir pun lawa.. Patut lah anak dorang pun lawa sangat.. Selamat bertunang sis.. “
Perkongsian tersebut terus menerima perhatian ramai dengan pelbagai ucapan tahniah dan doa yang ditinggalkan oleh warganet. Apa-apa pun, semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan majlis perkahwinan yang bakal berlangsung nanti berjalan lancar serta dipenuhi dengan kebahagiaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG nurul_amaliena, mingguanwanita, Facebook mingguanwanita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tu dia, sekali dia berqasidah sedapnya. Suara tu gifted betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selalu tengok Sheila sound artis masa Ketuk-Ketuk Ramadan, ni tengok menantu selamba sound.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya bagi Mama sebab Mama kan selalu bagi saya.. ” – Marissa Dania
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eiii geramnya dengar speaking Bilal tu. So fluent, speaking pun ada slang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Paling sakit, bila anak lari ke rumah mereka, dihalau ya.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pada saya, Ustaz Syed tu dia komen sebab.. ” – Dato’ Fazley
-
Artis / Selebriti3 days ago” Paling yang membuatkan saya rasa lega, tenang dan bahagia sebab.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah besar dah, tahu-tahu dah jadi isteri orang. Cantik anak Faizal ni.. ” – Komen Netizen

