Artis / Selebriti
” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
Video YB Syed Saddiq dan Bella Astillah mengumumkan berita gembira mengenai perkahwinan mereka buat ramai teruja. Wah excited YB cerita pasal nak kahwin. Bella pulak yang blushing, hehe..
Sebagaimana yang dijanjikan oleh YB Syed Saddiq dan Bella Astillah, pasangan ini kembali membuat live bersama untuk menjawab soalan-soalan daripada warganet mengenai hubungan mereka. Kali ini, Bella dan YB Saddiq membuat podcast bersama.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sinar Harian, telah dikongsikan sedutan podcast tersebut yang memaparkan pasangan ini menjawab isu berkaitan tarikh pernikahan mereka. Sebelum itu, Bella ada bertanyakan kepada YB Saddiq, adakah YB akan menganjurkan majlis kesyukuran atas kemenangan kes mahkamahnya itu.
YB Saddiq laju sahaja menjawab ‘majlis kahwin’ dan ini membuatkan Bella tersipu-sipu dan ketawa besar. Bella meneruskan lagi persoalan yang ditinggalkan oleh warganet mengenai tarikh mereka bakal disatukan. YB Saddiq menjawab soalan itu dengan penuh yakin dan tersenyum lebar.

YB Saddiq dan Bella telah pun bersepakat memilih satu tarikh untuk bernikah dan tarikh itu telah dipersetujui oleh ibu bapa dan ahli keluarga terdekat mereka. Untuk detail tarikh, pasangan ini tidak dapat memberitahu secara terus kerana ada ahli keluarga yang lain perlu mengetahuinya terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada orang ramai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Tdi tgk live diorang tergelak2 aku . Pasal yb ulang2 sebut kawin kawin kawin. Takde bnde lain dia nk jwb. Nmpk nau dia excited. Netizen pun menekan2 spam komen “kawin”. Didi pun dh buat status team bass dh boleh tempah baju ikut tema. Aku hrap yb n bella pilih 31 ogos. Hari merdeka.. “
” Alhamdulillah ..semoga Allah permudahkan segala urusan YBSS dan Yg Bella seperti yg dirancangkan.. kalian berdua layak untuk hdup bahagia bersama.. “
” Alhamdulillah , kami dikejauhan iringi DOA dimudahkn, dilancarkn semua perancangan BASS serta sihat Sejahtera Sentiasa, dilindungi-Nya dengan Limpah Rahmat Inayah-Nya Dan KasihSayang NYA walau dimana saja majlis dilangsungkn. Aamiin Ya Rabbal’Aamiin.. “
” Wahhh so excited for you guys.. Alhamdulillah..Semoga d permudahkan semua urusan..BASS..Aamiin.. “
” Rasanya ni perkahwinan yg paling wowww selepas perkahwinan dato siti. Bakal ada majlis di Sabah dan Muar. seronok lah semua.. tak sabarnya nk tengok.. “
” Mungkin 26.8.26 sng nk ingt hehe.. Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan urusan bella dan syadiq.. “
” Alhamdulillah… Wahhh! Happynya Bella dgn Adeq Sedara Teman Akk tu. Moga kita2 AlwaysZ Happy dah dpt Teman Hidup Baru. Bahagia till Jannah. Hidayah milik ALLAAAH.. “
Semakin mendebarkan menanti pengumuman tarikh bahagia pasangan BASS ini. Hint yang diberi, bukan hujung tahun dan mungkin majlisnya bakal berlangsung antara Ogos hingga November. Apa-apa pun, kita doakan agar segala urusan dan perancangan Bella dan YB Saddiq berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinarharian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira

