Artis / Selebriti
” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
Ryzal Ibrahim kongsi detik cemas berkejar membawa anaknya, Rian ke hospital kerana tidak sedarkan diri buat ramai panik. Allahu, berdebar jantung tengok. Part Maryam menjerit panggil nama Rian sambil menangis tu sebak sangat..
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ryzal Ibrahim dan Duriankimchi, telah dikongsikan satu video yang memaparkan situasi cemas yang terjadi ketika Ryzal dan Maryam You Narae berkejar menuju ke hospital selepas terjadi satu kejadian yang tidak dijangka di rumah mereka.
Ryzal memberitahu anak kedua mereka, Rian terjatuh dari katil dan tidak sedarkan diri selepas itu. Pada awalnya, Rian menangis dengan kuat dan selepas itu, Rian terus diam serta menutup mata seolah-olah sedang tidur. Rian tidak memberikan apa-apa respon dan ini membimbangkan Ryzal dan Maryam.
Ketika berada di dalam kereta, Maryam berusaha menepuk-nepuk badan Rian sambil memanggil nama Rian supaya Rian sedar. Namun sayangnya Rian tidak sedar dan ini membuatkan Maryam menjerit-jerit memanggil nama Rian berulang-ulang kali.

Ibu bapa mana yang tidak cemas apabila situasi ini menimpa. Secepat mungkin Ryzal memecut ke hospital dan apabila sampai di hospital, Rian membuka mata, namun masih kelihatan blur. Ryzal meminta pihak hospital untuk membuat CT scan terhadap Rian untuk melihat sekiranya ada kesan sampingan akibat jatuh itu.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 70 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :
” Situasi ini yg paling sy dan isteri akan ingat bila anak syurga kami pergi..hanya Allah sahaja yg tau mcm mana sakit nye bila fikir2 kan balik…semoga yang baik2 sahaja buat anda sekeluarga.. “
” Allahuakbar.. aduhhh nangis I dgr maryam jerit camtu.. I can’t imagine. I pun ikut nangis listening to Maryam scream.. Moga yang baik2 saja for Ryan.. “
” Ya Allahhhhh… I cannot imagine the amount of pain .. il pray she’ll be okay .. Riannnnnn aku tgk yg nangis ni . Semoga tak ada apa yg serious. Allahuakhbar.. “
” Ya Allah, kita pun ikut panik sekali. Pas Omma nya teriak sambil panggil anak nya aku ikut nangis.. ikut sakit banget hati ku, semoga sehat selalu kembali ceria nak sholeh.. “
” Mak dia jerittt ngn aku sekali nangis. Pernah berada dekat situasi macm to. Anak takdak respon. Takut wehhhh.. “
” Ya Allah, benda paling takut kalau ni terjadi.. kite yang tengok ni pon nangis… apatah lagi laa mariam dan ryzal. Semoga semuanya baik2 ya. Gugur jantung.. “
” Allahuakhbar… Semoga xde apa2 yg serius pada Rian.. Ya Allah… Panic & nangis saya. Semoga dipermudah urusan semua ya.. Allahu.. “
Situasi cemas yang benar-benar mendebarkan tidak hanya Maryam dan Ryzal tetapi juga warganet yang menonton video ini. Kami di Berita Kopak mendoakan agar Rian sihat dan tidak ada kesan sampingan akibat kejadian ini. Sama-sama kita mendoakan kesembuhan untuk Rian.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ryzalibrhm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen

