Connect with us

Artis / Selebriti

” Saddiq suddenly become a father, this is the cutest thing in the world.. ” – Spacedollah

Video abang YB Syed Saddiq, Spacedollah rasa teruja dan tersentuh apabila mengetahui anak-anak Bella Astillah, Ayden dan Ara memanggil YB Saddiq dengan panggilan ‘Daddy’. Alahai, sampai macam tu sekali reaksi Spacedollah, hehe..

Meninjau di akaun TikTok milik ellesa2025, telah dikongsikan sebuah video siaran langsung abang kepada YB Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Spacedollah. Menerusi siaran tersebut, Spacedollah berkongsi perasaan gembira dan terharu apabila bercerita mengenai anak-anak tunang adiknya, Bella Astillah.

Menurut Spacedollah, hatinya tersentuh apabila mendengar anak-anak Bella, Ayden dan Ara memanggil YB Syed Saddiq dengan gelaran “daddy”. Katanya, panggilan tersebut membawa satu perasaan yang sukar digambarkan kerana ia mencerminkan hubungan yang erat dan penuh kasih sayang antara mereka.

Tambah Spacedollah lagi, setiap kali mendengar suara Ayden dan Ara memanggil “daddy”, dia dapat merasai kebahagiaan yang begitu mendalam. Perkara itu membuatkan dirinya berasa sangat bersyukur dan gembira melihat perkembangan hubungan yang terjalin dalam keluarga tersebut.

Dalam masa yang sama, Spacedollah turut meluahkan rasa syukur dan teruja melihat hubungan Syed Saddiq dan Bella yang kini semakin melangkah ke alam perkahwinan tidak lama lagi. Jelas terpancar kegembiraan di wajahnya ketika berkongsi mengenai kebahagiaan pasangan itu.

Tonton video di bawah ini :

@ellesa2025

Credit @Spacedollah’s live & Era.fm #syedsaddiq #bellaastillah #bellasyedyes #tiktokmalaysia #japan

♬ Sampai Jumpa – Afgan

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” You know why it was sooo cute to him? sbb I percaya mesti dia masih tgk Saddiq tu macam adik dia yang masih kecil tapi bila Ara Ayden panggil Saddiq “daddy” dia jadi macam aww adik aku dah jadi bapa ke.. “

” Dia yang paling bahagia bila tengok adik dia bahagia.. Terbaik.. Dan kami semua tak sabar bilakah hari bahgia buat YB dan Bella.. “

” Dia masuk dalam life anak anak tu during their developing years. This is the time that the children is building their core memories and Saddiq is very much involved in this.. “

” Hasil didikan ibu bapa yg penyayang, berhati baik dan sentiasa bersangka baik … Insyaallah.. Bagus betullah keluarga ni.. Ya Allah lindungilah keluarga ini dlm rahmat dan kasih sayangMu.. “

” Mesti bella manja dgn space Dollah.. Sbb kn bella anak sulung, berdikari pulak tu.. Space dollah blh jadi abg ipar sy tak .. Sbb kakak sy pun baik mcm awak juga, hehe cute pyayang ada vibe tsendiri hehehe.. “

” Wjah bhgia seorg abg bla adk ksygannya bhgia.. Syukur alhamdulillah. Love youu guys and whole family.. May Allah rahmati you all dari Ayah Ibu yourself YBSS and his new family in shaa Allah..”

” Aku yang nangis sebak weiii anak2 yg membesar tanpa seorang bapak like my daughter, kasih sayang ayah takde dari baby sampai sekarang.. Saya tumpang happy buat Bella dan ank2.. Tq SS.. “

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai warganet. Ramai yang meluahkan rasa terharu mendengar luahan ikhlas Spacedollah, selain memuji sikapnya yang begitu menyayangi adiknya. Malah, ada juga memuji layanan dan penerimaan keluarga Spacedollah terhadap Bella serta anak-anaknya yang disifatkan penuh kasih sayang.

Silakan SHARE..

Sumber : TikTok ellesa2025

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak